Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT SUK SELANGOR

KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk

MBSA terima pengiktirafan antarabangsa ‘Green Apple Award’

SHAH ALAM, 3 JAN: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memenangi anugerah bertaraf antabangsa ‘Green Apple Award’ baru-baru ini, selepas mengetengahkan hasil daripada Projek Pengurangan Sisa Pepejal Untuk Kelestarian Alam Sekitar yang dilaksanakan di kawasan pentadbirannya.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad berkata pihak berkuasa tempatan (PBT) itu memenangi anugerah bagi kategori ‘Best Environment Practice’.

MBSA


Green Apple Award 2015 dianjurkan The Green Organisation yang berpangkalan di United Kingdom, bertujuan menggalakkan kempen alam sekitar dan mengiktiraf amalan menjaga alam sekitar yang diamalkan oleh sesebuah pertubuhan, organisasi, badan bukan kerajaan (NGO), pihak swasta dan kerajaan dari seluruh dunia, katanya dipetik Bernama.

Beliau berkata melalui penyertaan itu, MBSA mengemukakan inisiatif yang dilaksanakan oleh PBT itu dalam usaha meminimumkan pencemaran alam sekitar disebabkan pembuangan sisa pepejal di kawasan pentadbirannya.

“Penganugerahan dan pengiktirafan ini menjadi dorongan dan motivasi kepada warga kerja MBSA memberi perkhidmatan lebih cekap dan efisyen kepada masyarakat.

“Pengiktirafan ini juga merupakan sebahagian daripada inisiatif berterusan MBSA menjadikan Shah Alam sebagai bandar raya bertaraf dunia melalui percambahan ilmu dan pertukaran maklumat atau pengetahuan yang boleh meningkatkan imej MBSA di persada dunia,” katanya.

Sumber : http://selangorku.com


Kemaskini pada 2016-01-05 09:00:31 daripada Administrator

  •  
  • Print