Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Selangor teramai kemasukan pelajar tahun satu dan tingkatan satu

SHAH ALAM 4 JAN: Selangor mencatatkan kemasukan pelajar baru teramai di seluruh negara tahun ini yang melibatkan pelajar tahun satu dan tingkatan satu.

Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan berkata seramai 448,677 murid memasuki tahun satu di 7,765 buah sekolah rendah di seluruh negara, melibatkan 229,808 murid lelaki dan 218,869 murid perempuan.

Pelajar sekolah

Seramai 891,685 murid tahun satu dan tingkatan satu memulakan sesi persekolahan tahun ini di seluruh negara.

Selangor mencatatkan jumlah pelajar tahun satu paling ramai iaitu 89,419, diikuti Johor 54,492 murid dan Sabah (43,870).

Manakala bagi pelajar tingkatan satu paling ramai iaitu Selangor (83,368) murid, diikuti Johor (54,550) dan Sabah (41,945).

Berdasarkan statistik e-Daftar Rendah, kementerian berkata seramai 314,697 murid memulakan persekolahan tahun satu pada 4 Januari manakala 133,980 pelajar dari Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu pula 3 Januari.

Pelajar Sekolah

Seramai 443,008 pelajar tingkatan satu memulakan sesi persekolahan di 2,402 sekolah menengah di seluruh negara.

Pada 2015, terdapat 438,869 murid tahun satu dan 352,999 murid tingkatan satu mendaftar bagi sesi persekolahan di seluruh negara.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor


Kemaskini pada 2016-01-05 09:04:24 daripada Administrator

  •  
  • Print