Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

MBPJ anjur Earth Hour 19 Mac

PETALING JAYA, 11 JAN: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menganjurkan Earth Hour 2016 Night Walk di Padang Timur, di sini pada 19 Mac ini mulai jam 8.30 hingga 9.30 malam.

Penganjuran bersama WWF-Malaysia berikutan kejayaan dalam program tahun lalu hingga melayakkan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu memenangi gelaran sulung “Malaysia’s National Earth Hour Capital in the Earth Hour City Challenge (EHCC) 2015”.

earthhourmbpj03

Sehubungan itu bagi menjayakan progran ini, orang ramai terutama di sekitar bandar raya Petaling Jaya dijemput menyertainya dengan mendaftar di laman sesawang: www.pandashop.my/earthhour2016 .

Timbalan Datuk Bandar Petaling Jaya, Johary Anuar, berkata pengiktirafan EHCC menjadi pendorong kepada MBPJ bagi meneruskan program itu di samping usaha berterusan mewujudkan persekitaran hijau di kawasan bandar raya berkenaan.

“Komitmen MBPJ ini adalah usaha jangka panjang untuk menjadikan Petaling Jaya sebuah bandar raya yang mampan.

“Kita akan terus mendidik masyarakat bagi menyemai tabiat memelihara alamn sekitar dan memupuk semangat kejiranan demi kebaikan serta kemajuan kita bersama,” katanya.

Selain itu, MBPJ turut meraih MBPJ meraih pingat perak untuk Anugerah Hijau Apple 2013 di National Self Build and Renovation Centre, Swindon, London serta Duta Hijau Dunia 2014 di London’s House of Parliament bagi skim rebat penilaian untuk program mesra alam.

MBPJ membentuk Pelan Strategik, Sustainable Petaling Jaya 2030 bagi menangani pelbagai kesan dan ancaman yang timbul ekoran perubahan iklim.

Pengarah Pemuliharaan WWF-Malaysia, Dr Sundari Ramakrishna, berkata Petaling Jaya dipilih sebagai projek perintis di bawah projek rangka kerja bandar karbon rendah kendali Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Serta Perbadanan Teknologi Hijau Malaysia.

“Sebagai sebahagian daripada program ini, MBPJ berkongsi maklumat dan kepakaran bagi menjadi panduan kepada bandar lain di Malaysia,” katanya.

Kempen Earth Hour adalah program pemuliharaan alam sekitar global dimulakan WWF ke arah masa hadapan lebih baik dan mesra alam.

Semua pihak termasuk masyarakat dan premis perniagaan diminta mematikan lampu selama satu jam pada 19 Mac depan bermula pada 8.30 malam bagi menyatakan sokongan.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor


Kemaskini pada 2016-01-13 12:05:10 daripada Administrator

  •  
  • Print