Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

JAIS : Permohonan ke MITS cecah 2,050

SHAH ALAM, 13 JAN: Permohonan kemasukan ke Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS) bagi sesi 2016 meningkat ekoran ramai ibu bapa menyedari kepentingan pendidikan Islam untuk anak mereka.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Haris Kasim, berkata pihaknya menerima 2,050 permohonan, namun hanya 800 pelajar ditemuduga dan 230 sahaja mendapat tawaran.

Katanya, peningkatan itu turut didorong kesedaran pelajar yang mula memberi perhatian kepada bidang agama, tanpa mengabaikan akademik lain.

IMG_8090

“Sehingga kini, Selangor sudah mendirikan empat buah MITS iaitu di daerah Kuala Langat, Klang, Sabak Bernam dan Sepang.

“Daripada 230 orang ditawarkan, 196 pelajar sudah mendaftar bagi mengikuti pengajian sesi 2016 dan kekosongan yang ada kini 34 sahaja iaitu kouta pelajar lelaki.

“Sehingga kini, empat MITS menempatkan keseluruhan pelajar mencecah 773 orang dan saya percaya ia akan terus bertambah dari tahun ke tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Manghafaz Al-Quran Peringkat Selangor di Dewan Jubli Perak, di sini, malam tadi.

Majlis Manghafaz Al-Quran Peringkat Selangor yang berlangsung 12 hingga 15 Januari itu disertai 42 peserta terdiri daripada 25 Hafiz dan 17 Hafizah.

Peserta yang menyertai pertandingan itu adalah mereka yang berjaya melepasi saringan peringkat daerah masing-masing.

IMG_8403

Pada masa sama, Haris berkata, peningkatan itu selaras dengan dasar Kerajaan Negeri untuk memperkukuhkan kualiti pendidikan dan latihan Islam bagi melahirkan lebih ramai modal insan.

Katanya, Bahagian Pendidikan Islam JAIS baru-baru ini turut mengadakan Majlis Graduasi Qurra MITS bagi meraikan pelajar Tahfiz yang berjaya menamatkan hafazan 30 juzuk Al-Quran.

“Seramai 122 pelajar menerima sijil khatam Al-Quran dan Sijil Perakuan Hafazan Al-Quran yang disampaikan Exco Hal Ehwal Agama Islam, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi,” katanya.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor


Kemaskini pada 2016-01-13 12:09:42 daripada Administrator

  •  
  • Print