Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

‘World Muslim Fashion City’ dilengkapi kemudahan, insentif

SHAH ALAM, 13 JAN: Orang ramai dan pengusaha perniagaan fesyen Islam di Shah Alam bakal menikmati kemudahan prasarana bagi merancakkan lagi aktiviti perniagaan di situ.

Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata Kerajaan Negeri turut bersedia menyediakan insentif lain yang akan diputuskan kelak.

IMG_8228

“Memang hasrat Kerajaan Negeri untuk melihat Shah Alam sebagai ‘World Muslim Fashion City’ dengan pelbagai kemudahan, prasarana dan insentif.

“Saya gembira hasrat itu mendapat sambutan baik dan percaya industri fesyen akan terus berkembang dalam memastikan rakyat beragama Islam mengenakan pakaian sopan selaras dengan tuntutan agama,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Menghafaz Al-Quran peringkat Selangor di Dewan Jubli Perak, di sini, malam tadi.

Pada 30 Oktober lalu, Mohamed Azmin ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2016 mengumumkan rancangan membangunkan Shah Alam sebagai ‘World Muslim Fashion City’.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor


Kemaskini pada 2016-01-13 12:11:29 daripada Administrator

  •  
  • Print