Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

MB: Kekayaan negeri diagih adil

PETALING JAYA, 17 JAN: Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali memberi jaminan melaksanakan program pembangunan terus kepada rakyat.

Beliau juga berjanji mahu melakar kejayaan bersama penjawat awam dalam meningkat hasil negeri.

“Kita berjaya meningkatkan kutipan hasil sebanyak RM558 juta bagi tahun 2015 berbanding anggaran perbelanjaan asal.

1937025_224511871219033_4602711308397210356_n

“Kita berjanji akan terus berusaha dan lakukan program pembangunan.

“Saya juga memberi jaminan untuk memastikan kekayaan negeri akan terus diagihkan secara adil dan saksama kepada rakyat negeri ini,” katanya di Majlis Perasmian Pesta Selangor 2016, di One Utama, malam tadi.

Mohamed Azmin berkata hal itu kerana beliau mahu kemakmuran rakyat negeri dapat dipertahankan.

Beliau turut mengalukan pihak swasta mahupun individu bekerjasama dengan Kerajaan Negeri dalam pelbagai bentuk.

“Terima kasih pemaju yang bukan sahaja menyambut baik dasar Kerajaan Negeri tetapi mereka juga mengutamakan untuk pembangunan berkualiti untuk dinikmati rakyat Selangor.

“Terima kasih kerana membantu dalam lakukan reformasi. Kita akan terus bekerjasama untuk memberi dukungan untuk jayakan program yang dijayakan,” katanya.

Pesta Selangor merupakan acara yang julung kali dianjurkan untuk menyatukan pihak berkepentingan di Selangor termasuk kerajaan negeri, masyarakat perniagaan, dan orang ramai di samping memupuk hubungan muhibah dan kukuh antaranya.

Sebanyak 100 tapak pameran disediakan kepada syarikat dan usahawan

Antara aktiviti yang dijalankan ialah pertandingan kejohanan Dota 2, Seni Pertahanan Diri Campuran, Cabaran Fizikal dan Ketahanan, permainan papan serta Battle of the Bands.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor


Kemaskini pada 2016-01-20 08:34:09 daripada Administrator

  •  
  • Print