Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

300 sertai program hijaukan Shah Alam

SHAH ALAM, 27 JAN: Seramai 300 peserta termasuk 100 pelajar dari Monash University bersama kakitangan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menanam 300 pokok buluh (Bambusa Vulgaris) bagi program ‘Shah Alam Trees For Life 2016’.

Pegawai Komunikasi Korporat MBSA, Shahrin Ahmad, berkata program itu diadakan untuk kali pertama pada 2016 bertempat di kawasan Persiaran Raja Muda, Persiaran Pegawai, Bulatan Setia Jasa, Seksyen 14 Shah Alam dengan kerjasama Monash University pada 23 Januari lalu.

IMG_7358

“Program itu sebagai tanda komited MBSA untuk terus menghijaukan landskap bandar raya Shah Alam melalui aktiviti penanaman pokok.

“Shah Alam juga diberikan wajah baru dengan konsep teduhan hijau pada kawasan persekitaran tersebut, sekaligus menjadikan Shah Alam sebagai bandar raya dalam taman,” katanya dalam kenyataan.

Selain itu, katanya, melalui program penanaman pokok itu, MBSA menggalakkan penyertaan daripada badan korporat dan syarikat swasta yang mengamalkan dan ingin melaksanakan ‘Corporate Social Responsibility’ (CSR).

“Monash Unibersity menyumbangkan RM30 untuk setiap pokok ditanam sebagai tanda sokongan dan komited terhadap program ini.

“Program ini menerapkan budaya kerja secara sukarelawan kepada peserta khususnya kepada pelajar dan generasi muda,” katanya.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor


Kemaskini pada 2016-02-01 16:41:39 daripada Administrator

  •  
  • Print