Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

‘Apa nak jadi dengan Kerajaan Selangor’

SHAH ALAM, 28 JAN: Pengecualian cukai taksiran yang diumumkan Kerajaan Selangor bagi 2016 mula dirasakan rakyat hingga menjadi viral di laman sosial.

Pemilik akaun Facebook, Iron Steel memuat naik status mencuit perhatian dengan tajuk ‘Apa Nak Jadi Dengan Kerajaan Selangor’ namun kandungan posting berkenaan mengisahkan keluhannya yang membuat bayaran cukai taksiran di kaunter Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

12592205_1112739538760294_2439619133763007764_n

Beliau pada mulanya ingin melangsaikan bayaran berjumlah RM152.40 untuk rumah kos rendah diduduki.

Namun segalanya berubah apabila kakitangan kaunter memulangkan semua bil berkenaan sambil memberikan jawapan ‘Cukai 2016 sudah dibayarkan oleh Kerajaan Selangor’.

Dengan rasa lega mengakui wang berkenaan boleh digunakan untuk membeli barangan dapur atau anak pokok lemon yang sudah diidamkan.

Status yang dimuatnaik pada jam 12.48 tengah hari berserta sekeping gambar bil cukai taksiran semalam sudah dikongsi lebih 200 individu serta mengumpul hampir 12,000 Like.

Kerajaan Selangor menerusi Belanjawan 2016 mengumumkan pengecualian cukai taksiran untuk rumah kos rendah, rumah kampung dan fi lesen perniagaan penjaja kecil, pasar malam serta pasar tani.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor


Kemaskini pada 2016-02-01 16:48:23 daripada Administrator

  •  
  • Print