Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

MPK tawar diskaun kompaun serendah RM15 sempena Tahun Baru Cina

KLANG, 4 FEB: Majlis Perbandaran Klang (MPK) mengadakan kempen khas mengurangkan bayaran kompaun trafik sempena sambutan perayaan Tahun Baru Cina kali ini.

Yang DiPertua MPK, Datuk Mohamad Yasid Abidin, berkata kempen itu menawarkan pengurangan bayaran kompaun letak kereta sebanyak RM15 dan RM200 bagi kompaun trafik kenderaan berat.

YDP MPK

“Sempena perayaan Tahun Baru Cina ini, Majlis mengadakan kempen khas Gong Xi Fa Chai bermula 4 Febuari hingga 31 Mac 2016 dengan tawaran diskaun bayaran kompaun.

“Sempena perayaan Tahun Baru Cina yang akan disambut pada 8 dan 9 Febuari ini, kesempatan ini Majlis mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru Cina kepada Ahli-ahli Majlis, Pegawai, kakitangan dan seluruh warga Klang.

“Semoga sambutan perayaan kali ini akan disambut dengan kemeriahan tetapi diingatkan juga supaya berwaspada dan berhati-hati ketika memandu pulang ke kampung halaman,” katanya ketika mempengerusikan Mesyuarat Penuh MPK di Bangunan Sultan Alam Shah, MPK di sini, hari ini.

Mohamad Yasid turut menyeru orang ramai supaya tidak melepaskan peluang mendapatkan diskaun dengan membuat bayaran kompaun sepanjang kempen berjalan.

Ketika menyentuh isu lain, Mohamad Yasid berkata, MPK akan mengadakan Hari Bersama Pelanggan pada setiap Jumaat minggu terakhir setiap bulan dengan melibatkan semua jabatan serta agensi luar seperti Syabas, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Jabatan Parit dan Saliran (JPS).

Katanya, program Hari Bersama Pelanggan ini akan diperluaskan di lokasi lain yang akan ditentukan kelak sekiranya mendapat sambutan menggalakkan orang ramai.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor


Kemaskini pada 2016-02-15 10:40:29 daripada Administrator

  •  
  • Print