Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

MAIS: Kubah Masjid Negeri wajar diperbaharui, bukan pembaziran

SHAH ALAM, 5 FEB: Projek penggantian kubah Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah tidak seharusnya dipertikaikan penggantiannya.

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa, berkata ia bukannya satu pembaziran sebaliknya adalah kepentingan umat Islam.

Katanya, ketetapan itu juga mengambil kira peranan Masjid Negeri itu yang selama ini sarat dengan aktiviti keagamaan.

mais

“Disitu jugalah ramai mualaf memeluk agama islam, jadi bukan isu penggantian kubah itu sebagai satu pembaziran.

“Masjid Negeri itu juga merupakan pusat tumpuan orang ramai, pelancong tidak kira dalam mahupun luar negara,” katanya sewaktu sessi sidang media khas di Bangunan Sultan Idris Shah di sini, semalam.

Katanya lagi, pengubahsuaian itu juga bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan kerana ia memerlukan hasil kerja pakar untuk menjayakannya.

“Sebelum ini, kubah itu mengalami masalah kekotoran yang sukar untuk dibersihkan.

“Kerosakannya penyebabkan pemandangan tidak cantik kepada pengunjung lebih-lebih lagi ia merupakan masjid terbesar di Selangor,” katanya.

Kerja penggantian kubah Masjid Negeri dijangka siap pada 5 Disember tahun ini.

Sebelum ini, Timbalan Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri, Mas Abdul Rahman Mas Mohamed, berkata kubah baru itu dilengkapi sistem punca air yang pertama seadaanya di dunia.

IMG_20160129_111855

Katanya, sistem 77 bilangan punca air pada permukaan kubah itu bertujuan memudahkan kerja penyelenggaraan dengan kos RM32.4 juta.

Pihak JKR memilih bahan vitrous enamel yang lebih kemas, ringan dan selamat serta lasak daripada bahan asal untuk kubah terbabit.

Kubah masjid sebelum ini sebahagiannya menunjukkan kecacatan seperti karat yang mungkin disebabkan oleh penggunaan cecair kimia semasa penyelenggaraan.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor


Kemaskini pada 2016-02-15 10:43:37 daripada Administrator

  •  
  • Print