SHAH ALAM, 9 FEB: Pasukan PANTAS Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) bertindak segera mengalihkan pokok tumbang di Jalan Damansara Utama SS 21/ 35, pada 5 Februari lalu.
Menurut laman facebook MBPJ, Kontraktor Landskap MBPJ bergegas ke tempat lokasi mengalihkan pokok tumbang sejurus menerima aduan.

Aduan diterima daripada pengadu bernama Maria berkenaan pokok tumbang diatas sebuah kereta Proton di hadapan Pusat Kesihatan Jalan Damansara Utama, berhadapan pondok polis pada 4 Februari.
MBPJ mengambil tindakan segera sejurus menerima aduan terseut.
Orang ramai yang ingin melaporkan aduan kejadian pokok tumbang, banjir, tanah runtuh boleh menghubungai di talian hotline MBPJ 03-79542020 atau layari http://eps.mbpj.gov.my/.
http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor
Kemaskini pada 2016-02-15 10:50:57 daripada Administrator