Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

JAKESS sasar penuhi 4 KPI martabat mahkamah syariah

SHAH ALAM, 13 FEB: Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor (JAKESS) meletakkan empat Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi 2016 supaya institusi perundangan syariah mampu menyelesaikan lambakan kes dengan segera.

Pengarah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa, berkata Peguam Syarie yang menerima tauliah juga bertindak selaku pegawai mahkamah perlu mempunyai tanggungjawab untuk memastikan setiap kes yang diwakili tidak dilengahkan.

JAKESS Peguam

“Semua yang baru dilantik sebagai Peguam Syarie diseru untuk sama-sama membentuk JAKESS bagi menyelesaikan isu tunggakan kes,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucaptama Majlis Pentauliahan dan Penyampaian Sijil Peguam Syarie Negeri Selangor 2015 di Dewan Muktamar, Bangunan MAIS.

Empat KPI ditetapkan adalah 100 peratus penyelesaian Kes Mal di Mahkamah Rendah Syariah yang difailkan melebihi tempoh dua tahun dan 80 peratus penyelesaian Kes Mal di Mahkamah Rendah Syariah yang difailkan kurang dari tempoh dua tahun.

Sementara 85 peratus penyelesaian Kes Mal di Mahkamah Tinggi Syariah yang difailkan melebihi tempoh dua tahun 75 peratus penyelesaian Kes Mal di Mahkamah Tinggi Syariah yang difailkan kurang tempoh dua tahun.

Seramai 49 orang menerima pentaulihan rasmi selaku Peguam Syarie Negeri Selangor 2015 selepas pengajian Diploma Pentadbiran Kehakiman dan Guaman Islam dan latihan dalam kamar selama sembilan bulan.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor


Kemaskini pada 2016-02-15 11:01:01 daripada Administrator

  •  
  • Print