Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Wacana Tamadun Selangor dekatkan generasi muda dengan sejarah

SHAH ALAM, 19 FEB: Lebih 200 pelajar UniSmart diberi pendedahan mendekati sejarah Selangor dalam “Wacana Tamadun Selangor: Membongkar Sejarah, Melakar Tamdun’ oleh Universiti Selangor (UNISEL).

Pengasas Armada Malayu Malaysia, Mass Ahmad Kamal Shafiee, berkata wacana itu dapat membuatkan generasi kini mengenal sejarah dengan lebih dekat.

4

“Ia membantu kita mengenal asal usul masing-masing bukan sahaja melibatkan bangsa tetapi ekonomi, pendidikan dan politik.

“Program ini juga bagus kerana kita dapat kenal sejarah dahulu dalam pelbagai perkara yang meliputi bahasa, pakaian dan juga warisan di Selangor,” katanya.

Pelajar UniSmart, Ahmad Aimran Abdul Razak, berkata, wacana itu memberi kesedaran kepada golongan muda sepertinya untuk mengetahui dengan lebih mendalam sejarah Selangor.

2

“Ia menyedarkan masyarakat betapa pentingnya sejarah dalam pembentukan bangsa kerana melibatkan pelbagai aspek.

“Saya dapat tahu sejarah Selangor dengan lebih luas setelah menyertai wacana ini. Ia membakar semangat anak muda seperti kami,” katanya.

Wacana berlangsung di UNISEL Shah Alam itu dikendalikan Moderator, Pengarah Pusat Jaringan Komuniti UNISEL, Izwan Suhadak Ishak bersama panel jemputan Direktor Pusat Warisan Kajang, Lee Kim Sin, Felo IDE, Dr Mohammad Alinor Abdul Kadir dan Calon PhD ATMA, Mohd Rohaizat Abdul Wahab.

Penggemar Sejarah Komuniti Selangor turut hadiri antaranya Presiden dan juga Naib Canselor, Prof Dato’ Dr Mohammad Redzuan Othman.

Program dirasmikan Naib Presiden dan Timbalan Naib Canselor Pembangunan Pelajar dan Jaringan Komuniti UNISEL, Prof Dr Shaharuddin Badaruddin.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor


Kemaskini pada 2016-02-22 09:26:24 daripada Administrator

  •  
  • Print