Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

MITS: Pelaburan besar Selangor lahir modal insan cemerlang

PANDAN, 26 FEB: Pembinaan tiga Maahad Integrasi Tahfiz Sains dan Teknologi (MITS) merupakan usaha Kerajaan Negeri melahirkan modal insan berketerampilan dan berakhlak tinggi dalam mendepani cabaran semasa.

Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata ia antara projek besar diumumkan dalam Belanjawan 2016 dengan peruntukan RM80 juta.

MOHAMED AZMIN“Pembinaan tiga institusi ini bukan sahaja kita ingin menjadikan pelajar sebagai huffaz tetapi mempunyai keterampilan dalam bidang sains dan teknologi serta penyumbang kepada masyarakat dengan cabaran semasa.

“Ini merupakan peruntukan besar diberikan Kerajaan Negeri buat pertama kali selain beberapa peruntukan tambahan membaik pulih maahad tahfiz sedia ada,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Kenduri Rakyat di Masjid Al-Azim, Pandan Indah.

Jelasnya, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sedang meneliti konsep pembinaan dan ia dijangka bermula dalam tempoh terdekat.

Dianggarkan setiap maahad tahfiz mampu menampung 500 hingga 1,000 pelajar.

“Semua projek pembangunan perlu diselesaikan dalam suku tahun pertama termasuk urusan konsep dan tander bagi mengelakkan ia tertangguh serta lewat disiapkan,” katanya.

AZMINMohamed Azmin sebelum itu menunaikan solat Jumaat di lokasi sama selain beramah mesra bersama rakyat.

Hadir sama Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Datuk Iskandar Abdul Samad, Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari dan Adun Lembah Jaya, Khasim Abdul Aziz.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor


Kemaskini pada 2016-03-02 09:15:35 daripada Administrator

  •  
  • Print