Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Susah pinjam bank, peniaga mohon bantuan HIJRAH

TAMAN MEDAN, 29 FEB: Konsep pinjaman tanpa faedah dengan kadar pembayaran ansuran mudah menarik minat peniaga untuk memohon bantuan perniagaan menerusi skim mikrokredit HIJRAH Selangor.

Rohaya Zainudin, 46, berkata kesukaran membuat pinjaman di bank tempatan mengakibatkan beliau nekad membuat permohonan pinjaman daripada HIJRAH Selangor bagi memastikan jualan produk kesihatannya kukuh.

IMG_0444

Beliau berkata sebagai peminjam, peniaga perlu menjaga rekod bayaran dan mengamalkan disiplin tinggi supaya boleh membuat pinjaman baru di masa hadapan.

“Saya seorang ibu tunggal dan pernah cuba memohon pinjaman bank namun gagal. Ini merupakan tahun kedua berniaga dan bantuan pinjaman RM4,000 banyak membantu peniaga kecil seperti saya. Yang penting jaga rekod bayaran dan isiplin kena kuat,” katanya.

Salina Mohd Halidan, 37, berkata bantuan modal RM30,000 daripada HIJRAH membuka ruang buatnya mengembangkan perniagaan kedai makan yang mula diusahakan sejak empat tahun lalu.

“Saya sekarang mengusahakan kedai makan. Dengan bantuan diterima saya boleh cuba mengembangkan perniagaan sedia ada seperti membuka perkhidmatan katering,” katanya kepada Selangor Kini.

Bagi Nor Azlan Ahmad Kamal, 30, bantuan kewangan diterima membolehkan beliau ke China mengambil bekalan pakaian untuk berniaga pada bulan Ramadan nanti.

IMG_0438

“Alhamdulillah, konsep pinjaman ini sangat membantu dan saya berpuas hati dengan pelan simpanan disediakan supaya peminjam dapat mengawal perbelanjaan.

“Saya mengusahakan perniagaan pakaian sejak enam tahun lalu di Downtown Cheras. Dengan bantuan RM15,000 diterima, saya boleh mengambil bekalan ke China dalam masa terdekat selain mengembangkan perniagaan sedia ada,” katanya.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor


Kemaskini pada 2016-03-02 11:18:47 daripada Administrator

  •  
  • Print