SUBANG JAYA, 1 MAC: Keputusan dasar pengecualian cukai taksiran berkenaan diluluskan dalam Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) ke-37/2015 pada 16 Disember lalu tidak menjejaskan hasil Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).
Pegawai Komunikasi Korporat MPSJ, Muhammad Azli Miswan, berkata selain cukai taksiran ada beberapa kaedah lain yang boleh dilaksanakan MPSJ bagi menampung kos pendapatan majlis.

“Ia mungkin menjejaskan sedikit pendapatan majlis tetapi itu tidak menjadi masalah apabila difikir daripada sudut positif dan tujuan murni Kerajaan Negeri sendiri untuk membantu meringankan beban rakyat.
“Perancangan Kerajaan Negeri juga sedikit sebanyak membantu pihak berkuasa tempatan (PBT) mungkin dari segi peruntukan tambahan,” katanya.
Selain itu, katanya tunggakan seperti kompaun dan cukai taksiran tahun lalu masih banyak tidak dibayar penduduk antara salah satu hasil pendapatan yang boleh menampung kos pengecualian cukai itu.
“Ada penduduk memiliki rumah sewa yang banyak dan mempunyai tunggakan sehingga mencecah RM6,000.
“Orang ramai dinasihatkan menjelaskan tunggakan sebelum tindakan tegas diambil. Jika terdapat masalah membuat bayaran penduduk boleh datang untuk pertimbangan supaya isu ini tidak dibawa ke mahkawah,” katanya.
http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor
Kemaskini pada 2016-03-02 11:17:37 daripada Administrator