Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

MBPJ sedia bas elektrik kurang pencemaran udara

PETALING JAYA, 11 MAC: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menyediakan dua perkhidmatan bas elektrik sebagai inisiatif mengurangkan masalah pencemaran udara di kawasan itu.

Datuk Bandar MBPJ, Mohd Azizi Mohd Zain, berkata pihaknya sentiasa memberi tumpuan ke arah mengekalkan Petaling Jaya sebagai bandar raya mesra alam.

“Sebagai bentuk kesedaran kepada masyarakat, MBPJ memainkan peranan sangat berkesan dengan memperkenalkan perkhidmatan bas elektrik di kawasan ini.

Mohd azizi mbpj

“Dalam tempoh itu, sebanyak dua perkhidmatan bas elektrik digunakan daripada 22 bas percuma disediakan sebelum ini,” katanya pada Majlis Perasmian Pengurusan Karbon Fasa II di Bilik Gerakan bangunan MBPJ di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Datuk Bandar MBPJ, Johary Bin Anuar, wakil kedutaan British, Paul Rennie dan wakil Pengurusan Karbon (Malaysia), Robert Hatcher.

MBPJ sebelum ini menjalin kerjasama bersama Rapid Bas Sdn Bhd melalui projek yang mula beroperasi Februari lalu.

Perkhidmatan terbabit melalui beberapa jalan utama di sekitar Taman Jaya, Petaling Jaya Selatan, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PMUM) dan Subang Jaya.

Selain mampu menjimatkan penggunaan karbon, perkhidmatan itu juga dilihat berkesan dalam mengurangkan kesesakan lalu litas di sekitar Petaling Jaya.

Pada masa sama, Mohd Azizi berkata, MBPJ turut menekankan beberapa kaedah yang kini dilaksanakan kakitangannya dalam usaha mengurangkan penggunaan karbon.

Antaranya, penggunaan penghawa dingin pada 24 darjah celcius dan pemantauan penggunaan alatan elektrik pada tahap minima.

-AA-

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor


Kemaskini pada 2016-03-17 15:04:16 daripada Administrator

  •  
  • Print