Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT SUK SELANGOR

KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk

Selangor cari penempatan baharu Orang Asal Bukit Tunggal

SHAH ALAM, 17 MAC: Kerajaan Negeri sedang meneliti lokasi penempatan baharu buat Orang Asal Bukit Tunggal berikutan lokasi kediaman mereka kini dimiliki Bukit Unggul Golf Country Resort (BUGCR).

Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata perkara itu dilakukan demi kebajikan penduduk dan memberi ruang kepada mereka untuk melihat dahulu tapak dicadangkan nanti.

MB Azmin

“Kita sudah arahkan Pegawai Daerah Sepang untuk meneliti lokasi sesuai dan akan teruskan perbincangan dari masa ke masa,” katanya kepada media ketika ditemui selesai Majlis Graduasi SITEC Online 100 di Pusat Kreatif Digital Selangor (SDCC) di sini, semalam.

Berbeza dengan pentadbiran lama, Mohamed Azmin berkata Kerajaan Negeri hari ini tidak menghalau penduduk yang masih mendiami kawasan itu.

“Kita tidak halau dan menghormati hak mereka kerana kita bukannya Robin Hood yang cuma tahu rampas hak orang,” katanya.

Sebelum ini, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) mendedahkan keseluruhan tanah Kampung Orang Asli Bukit Tunggul adalah milik BUGCR.

Tanah itu diberi hak milik kepada BUGCR pada 1993 dengan pampasan berjumlah RM2 juta kepada penduduk kampung berkenaan.

Bagaimanapun, sebahagian penduduk enggan berpindah atas alasan mereka bakal kehilangan sumber pendapatan.

Terdahulu, media mendedahkan Kampung Orang Asli Bukit Tunggul Blok A, B dan C tidak mendapat bekalan elektrik dan air bersih walaupun kedudukannya tidak sampai lima kilometer dari Putrajaya.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor


Kemaskini pada 2016-03-17 15:17:28 daripada Administrator

  •  
  • Print