Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Bas Smart Selangor: 911,969 penumpang sejak 1 Julai 2015

SHAH ALAM, 29 MAC: Seramai 911,969 penumpang direkodkan menggunakan perkhidmatan Bas Smart Selangor sejak dilancarkan di lima kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) pada 1 Julai 2015.

Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dan Pengangkutan, Datuk Teng Chang Khim, berkata perkhidmatan bas itu mengutamakan kawasan pembanggunan seperti pusat komersial, kawasan kemudahan awam dan pusat kesihatan.

teng chang khim a

“Ia bertujuan menggalakkan penggunaaan pengangkutan awam di samping mengurangkan beban kewangan bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

“Kajian waktu perjalanan dan laluan bas juga dititik beratkan supaya tidak menjejaskan waktu operasi perkhidmatan bas lain.

“Pemilihan laluan juga adalah berdasarkan kriteria ditetapkan Jawatankuasa Tetap PBT dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD),” katanya menjawab pertanyaan ADN Taman Medan, Haniza Talha pada sidang Dewan Negeri Selangor (DNS), di sini hari ini.

Pada masa sama, katanya, Kerajaan Negeri juga akan menyemak semula peratus penggunaan Bas Smart Selangor di beberapa kawasan.

“Kita juga akan mengkaji semula laluan perjalanan jika berlaku penuruan penumpang di kawasan yang tidak mendapat sambutan.

“Pertimbangan juga akan dibuat bagi laluan dan waktu operasi di kawasan kos rendah untuk kegunaan pelajar sekolah jika tidak menjejaskan perkhidmatan bas sekolah lain,” katanya.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor


Kemaskini pada 2016-03-30 11:10:11 daripada Administrator

  •  
  • Print