Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Jata Negeri Selangor

 

Logo-Lambang-Jata-Selangor

 

Maksud Jata Negeri Selangor

Tulisan khat "Selangor" di bahagian atas dicipta dengan Lembing Sembuana di tengah-tengah membentuk puncak dan diapit oleh Keris Panjang Beruk Berayun di sebelah kiri manakala di sebelah kanan ialah Keris Terapang Gabus. Lembing dan kedua-dua keris merupakan di antara Alat-alat Kebesaran Negeri Selangor. Bulan Sabit dan Bintang Berbucu Lima berwarna kuning diterapkan pada lakaran tersebut. Tulisan khat "Dipelihara Allah" adalah Cogan Kata Negeri Selangor ditulis di bahagian bawah lakaran. Bengkung di bawah Cogan Kata merupakan pengikat Jata Negeri yang juga digunakan sebagai pengikat pinggang pahlawan-pahlawan zaman dahulu. Di bawahnya adalah Tali Batung yang merupakan salah satu senjata zaman dahulu. Reben kuning dengan tulisan "Selangor" merupakan dasar kepada rekabentuk lakaran keseluruhan Jata Negeri.

 

 

 

-Sumber : Unit Protokol, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
Semakan bertarikh 18 Ogos 2021

DownloadDownload Jata Format Vector terhampir


Kemaskini pada 2023-11-28 07:57:05 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page