Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Rakyat terus nikmati air percuma – MB

SHAH ALAM, 1 APRIL: Pemberian air percuma 20 meter padu kepada rakyat Selangor akan dijunjung dan diteruskan tahun ini, kata Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata, walaupun kos tinggi dibiayai Kerajaan Negeri, namun program peduli rakyat itu akan terus dilaksanakan bagi membantu mengurangkan beban kos sara hidup rakyat.

Katanya, sejak dilaksanakan 1 Jun 2008 hingga 31 Disember 2015, sebanyak RM1.1 bilion dibiayai Kerajaan Negeri dalam merealisasikan program terbabit.

AZMIN DNS 2016

“Kerajaan Negeri sedar kos ditanggung itu amat tinggi, namun demi mengurangkan beban kos sara hidup rakyat, kita akan memastikan agenda peduli rakyat seperti ini terus dijunjung.

“Sehubungan itu, Kerajaan Negeri bercadang meneruskan pemberian air percuma ini bagi 2016,” katanya menjawab pertanyaan Ahli Dewan Negeri (ADN) Hulu Klang, Saari Sungib di Dewan Negeri Selangor (DNS), hari ini.

Bagaimanapun, Mohamed Azmin berkata, cadangan meneruskan pemberian air percuma kepada kumpulan sasaran berpendapatan rendah sahaja akan dinilai selepas penstrukturan industri air.

“Ini antara cadangan yang banyak kita terima beberapa tempoh lalu.

“Amat wajar cadangan itu diberikan perhatian serius supaya kos yang tinggi ini dapat menepati kumpulan sasaran iaitu mereka berpendapatan rendah,” katanya.

Perasmian Program Jom Jimat Air Selayang - MB Azmin (ASRI) (1)

Pada masa sama, Mohamed Azmin berkata, Kerajaan Negeri juga tidak pernah menerima aduan penyalahgunaan air percuma sejak ia dilaksanakan.

Beliau turut menasihatkan dan menyeru rakyat Selangor termasuk ADN supaya mengamalkan sikap berjimat cermat dalam penggunaan air.

Katanya, statistik kadar penggunaan domestik dianggarkan sebanyak 235 liter digunakan individu setiap hari.

“Kadar penggunaan ini sangat tinggi jika dibandingkan dengan kadar penggunaan di Singapura yang hanya menggunakan 170 liter sehari.

“Justeru, sebagai usaha memupuk sikap berjimat cermat, Kerajaan Negeri melancarkan kempen jimat air pada 27 Mac lalu untuk menggalakkan penggunaan air secara berhemah,” katanya.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor


Kemaskini pada 2016-04-08 08:46:13 daripada Administrator

  •  
  • Print