Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT SUK SELANGOR

KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk

DNS lulus penyata denggi SELCAT, yakin saranan dilaksanakan segera

SHAH ALAM, 5 APR: Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT) bagi Dewan Negeri Selangor (DNS) berkenaan wabak denggi di Selangor diluluskan selepas dibahaskan panjang lebar semalam.

Speaker DNS, Hannah Yeoh, berkata SELCAT difahamkan Kerajaan Negeri bakal mengambil langkah segera bagi melaksanakan saranan dibuat SELCAT sebelum dibentangkan laporan tindakan pada persidangan DNS akan datang.

AEDES 1

“Mengikut peraturan tetap, kerajaan membentangkan laporan kepada dewan mengenai tindakan diambil terhadap semua saranan kami bentangkan dalam penyata pada sesi DNS akan datang.

“Penyata ini kita letak dalam website kita untuk dipamerkan kepada umum. Ini bukan dokumen rahsia. Kita harap pihak berkuasa tempatan (PBT), Jabatan Kesihatan Selangor, persatuan penduduk yang membuat banyak aktiviti gotong royong boleh membaca laporan ini dan juga difahamkan pihak Kerajaan Negeri memandang serius akan saranan dibentangkan,” kata Hannah Yeoh pada hari terakhir sidang DNS.

Beliau berkata demikian pada sidang media SELCAT yang turut disertai Timbalan Speaker DNS, Mohd Shafie Ngah; Ahli Dewan Negeri (ADN) Sekinchan, Ng Suee Lim; ADN Taman Medan, Haniza Talha; ADN Hulu Klang, Saari Sungib dan ADN Permatang Datuk Sulaiman Abdul Razak di lobi Bangunan Annex, DNS di sini, semalam.

DNS 2016

Katanya, SELCAT turut berharap supaya Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan dapat menolak perbezaan idealogi politik untuk bekerjasama dengan lebih rapat bagi melaksanakan saranan terdapat dalam penyata SELCAT bagi kepentingan rakyat di negeri itu.

Terdahulu, pada 23 Februari lalu, SELCAT mengadakan pendengaran terbuka bagi menyiasat punca penyebaran penyakit denggi, kecekapan pengurusan, pelaksanaan aktiviti pembenterasan dan perbelanjaan dana dalam usaha menangani wabak denggi.

SELCAT kemudiannya, merangka cadangan dalam penyata dibentangkan pada persidangan DNS sebelum Kerajaan Negeri mengambil tindakan selanjutnya mengikut saranan dibuat.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor


Kemaskini pada 2016-04-14 10:29:48 daripada Administrator

  •  
  • Print