Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

UNISEL tanggung yuran sehingga RM8,040 seorang

SHAH ALAM, 6 APRIL: Universiti Selangor (UNISEL) memperuntukkan kira-kira RM3.9 juta untuk membiayai 500 pelajar pengajian tahun asas bidang Sains dan Teknologi Maklumat menerusi Skim Dermasiswa.

Dekan Pusat Pengajian Asasi dan Umum UNISEL, Dr Hamdan Mohd Salleh, berkata pelajar yang layak akan menerima pembiayaan yuran pengajian berjumlah RM7,500 hingga RM8,040 setiap pelajar.

IMG_9860

“Pada peringkat tahun asas kedua bidang ini, kami menawarkan yuran percuma sepanjang pengajian selama tiga semester dengan syarat pelajar menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda di UNISEL.

“Bagi Pengajian Asas Sains ini dibelanjakan sekitar RM8,040 bagi setiap pelajar dan bagi pengajian Teknologi Maklumat pula lebih kurang RM7,500,” katanya kepada SelangorKini.

Beliau berkata demikian di Kampus Utama UNISEL di sini, semalam.

Pada masa sama, katanya, Skim Dermasiswa dibuka kepada semua warga Malaysia dengan memberi keutamaan kepada rakyat Selangor.

Katanya, UNISEL memilih bidang Sains dan Teknologi Maklumat ekoran terdapat keperluan meruncing terhadap dua bidang itu dalam pasaran pekerjaan pada masa kini.

“Smart Selangor perlu melihat kerangka lebih besar dan ini dapat membuktikan UNISEL sebagai universiti tersohor.

“Selain Skim Dermasiswa, UNISEL turut menawarkan bantuan kewangan lain seperti Skim Sara Diri,” katanya.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor


Kemaskini pada 2016-04-14 10:31:10 daripada Administrator

  •  
  • Print