Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Kompleks 3K kini dilengkapi kolam renang

SUBANG JAYA, 14 APRIL: Pembukaan kolam renang di Kompleks Kemudahan Kemasyarakatan (Kompleks 3K) mulai esok melengkapkan lagi infrastruktur terbaru di bangunan itu.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Subang Jaya, Hannah Yeoh, berkata kemudahan itu bakal memberi manfaat berterusan kepada masyarakat setempat khususnya di DUN terbabit.

IMG_20160414_110024

“Kita merasmikan Kompleks 3K sebulan lalu dengan beberapa fasiliti lain siap lebih awal.

“Tetapi bagi kemudahan kolam renang, ia baru sahaja siap dinaik taraf Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan mula dibuka kepada orang awam esok.

“Apa yang penting, fasiliti ini bukan sahaja disediakan untuk masyarakat sekitar Subang Jaya, tetapi ia terbuka kepada semua,” katanya pada sidang media di bangunan Kompleks 3K Seksyen 12, hari ini.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat MPSJ, Muhammad Zaki Yusoff dan wakil Jawatankuasa Penduduk (JKP) Zon 1 MPSJ, Chia Yew Ken.

Pada masa sama, Yeoh berkata, kolam renang itu adalah satu-satunya kompleks renang berbumbung di Subang Jaya dengan akses keselamatan ketat daripada petugas yang memiliki Sijil Penyelamat Kelemasan Malaysia. 

IMG_20160414_110738

“Kita memerlukan kemudahan seperti ini dengan mengambil kira faktor cuaca panas di luar, jadi kolam renang dengan ciri seperti ini sangat bagus untuk aktiviti riadah penduduk,” katanya.

Sementara itu, Muhammad Zaki berkata, kolam renang itu juga dibuka khas kepada wanita setiap  Rabu bagi memudahkan golongan itu menggunakan kemudahan sebaiknya.

“Setiap Rabu, bermula jam 4 petang hingga 10 malam, kolam hanya dibuka khas untuk wanita dan penyelamat bertugas juga terdiri daripada kaum wanita sahaja,” katanya.

Kolam renang diurus di bawah seliaan Jabatan Pembangunan Kemasyarakatan MPSJ itu dibuka mengikut beberapa sesi dibuka 8.00 pagi hingga 10.00 malam.

Kadar RM3.00 dikenakan untuk dewasa dan RM2.00 bagi kanak-kanak untuk hari biasa, sementara pada cuti umum, RM4.00 untuk dewasa dan RM3.00 untuk kanak-kanak bagi satu sesi.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor


Kemaskini pada 2016-04-20 08:57:13 daripada Administrator

  •  
  • Print