Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

PIKUS sasar bantu 240 usahawan

SEMENYIH, 23 APR: Persatuan Komuniti Usahawan Selangor komited untuk membantu rakyat negeri itu khususnya golongan wanita dan belia untuk menjadi usahawan.

Pengerusi Persatuan Komuniti Usahawan Selangor (PIKUS), Muhammad Nazry Kamarudin, berkata pihaknya menyasarkan seramai 240 peniaga berdaftar hujung tahun ini.

Karnival Usahawan Belia Semenyih YB Daroyah (ASRI) (3)

Katanya, setakat ini ahlinya sudah mencecah 80 orang yang terdiri daripada wanita dan belia.

“Kita mahu membantu mereka ini untuk berjaya sebagai usahawan , jadi apa yang boleh kita buat kita mahu mereka ini diberi pendedahan kepada perniagaan,” katanya ketika ditemui di Perasmian Persatuan Komuniti Usahawan Selangor dan Karnival Belia 2016.

Nazry berkata PIKUS dalam usaha untuk mewujudkan kursus keusahawanan, hari keluarga, festival wanita dan bengkel yang berkaitan dengan perniagaan.

“Ia bertujuan untuk melahirkan usahawan yang lebih berinovatif dan kreatif dalam perniagaan masing-masing,” katanya kepada SelangorKini.

Beliau turut berhasrat untuk mewujudkan koperasi bagi melebarkan sayap dalam meningkatkan ekonomi yang lebih meluas.

“Kami sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak untuk menjayakan program berkaitan usahawan.

“Kami juga menyambut baik usaha Kerajaan Negeri dalam membantu usahawan di negeri itu,” katanya.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor


Kemaskini pada 2016-04-25 15:19:17 daripada Administrator

  •  
  • Print