Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Statistik Data Terbuka Kerajaan

data terbuka

DATA TERBUKA KERAJAAN

PENGENALAN DATA TERBUKA KERAJAAN

 

Data terbuka merujuk data kerajaan yang boleh digunakan secara bebas, boleh dikongsikan dan digunakan semula oleh rakyat, agensi sektor awam atau swasta untuk sebarang tujuan. Ia berperanan sebagai penggerak dalam inisiatif kerajaan berpaksikan rakyat. Pelaksanaan data terbuka dapat meningkatkan kualiti dan ketelusan penyampaian perkhidmatan kerajaan menerusi perkongsian data yang tepat, cepat dan relevan. Di samping itu, ia juga dapat meningkatkan produktiviti dan ekonomi negara melalui industri/inovasi baharu dengan penglibatan rakyat dan komuniti perniagaan.

Portal Data Terbuka Sektor Awam (DTSA) iaitu www.data.gov.my telah dibangunkan pada tahun 2014 dan telah mendapat penarafan Data Terbuka pada peringkat antarabangsa pada kedudukan ke-41 daripada 86 negara. Portal DTSA memudahkan data terbuka kerajaan diakses secara berpusat daripada sumber yang rasmi.

Maklumat lanjut mengenai Pelaksanaan Data Terbuka Sektor Awam boleh dirujuk melalui pekeliling berikut:
>Rujukan : Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2015 - Pelaksanaan Data Terbuka Sektor Awam

Data Terbuka Kerajaan Negeri Selangor

Kerajaan Negeri Selangor mengambil bahagian di dalam menyumbang data kepada Portal Data Terbuka Sektor Awam Malaysia supaya boleh dimanfaatkan oleh semua pengunjung. Halaman ini diwujudkan bertujuan untuk memaparkan set data yang boleh dikongsikan dan digunakan semula oleh rakyat, agensi sektor awam atau swasta untuk sebarang tujuan. Data disediakan oleh pelbagai jabatan negeri dan diselaraskan oleh Seksyen Data di Unit Perancangan Ekonomi Negeri Selangor seperti berikut :

Seksyen Data,
Unit Perancangan Ekonomi Negeri Selangor,
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor,
Tingkat 15, Bangunan SSAAS, 40503 Shah Alam, Selangor
Telefon : 03-55447948 / 03-55212464

 

TERMA PENGGUNAAN DATA
Penggunaan data atau penggunaan semula data hendaklah berdasarkan tatacara dan mematuhi terma dan syarat :-
 
Bil Tajuk Set Data Format
1. .MAKLUMAT HUTAN SIMPANAN KEKAL DI NEGERI SELANGOR xlsx
2. BILANGAN TERNAKAN KATEGORI RUMINAN MENGIKUT DAERAH DI NEGERI SELANGOR xlsx
3. JUMLAH DAN JENIS PELABURAN YANG DILULUSKAN MENGIKUT DAERAH PENTADBIRAN, SELANGOR xlsx
4. KELUASAN KAWASAN AKUAKULTUR MENGIKUT DAERAH DI NEGERI SELANGOR TAHUN xlsx
5. MAKLUMAT BALAI PENGHULU BAGI SETIAP MUKIM DI NEGERI SELANGOR xlsx
6. BILANGAN ASNAF, FAKIR DAN MISKIN MENGIKUT DAERAH DI NEGERI SELANGOR xlsx
7. PRESTASI KEWANGAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT) SELANGOR, 2016-2017 xlsx
8. JUMLAH KUTIPAN ZAKAT MENGIKUT JENIS TAHUN 2009 - 2015 xlsx

*Senarai dataset sedang dikemaskini

 
 

STATISTIK UMUM PELABURAN NEGERI SELANGOR
(Sumber : Invest Selangor Sdn Bhd)

statistik


 

 


Kemaskini pada 2022-04-11 14:06:18 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page