Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Pelebaran sungai beri impak positif atasi banjir

KAJANG, 16 MEI: Peruntukan RM5 juta dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) digunakan sepenuhnya untuk menaik taraf Jambatan Jalan Bukit, Bandar Kajang susulan runtuhan tebing pejalan kaki sebelum ini.

Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib, berkata julat penurunan taburan hujan tinggi pada 7, 8 dan 11 Mei mengakibatkan runtuhan pejalan kaki di Jambatan Jalan Bukit.

PelebaranBeliau berkata, jumlah itu turut melibatkan kerja mengalihkan utiliti sementara RM1 juta sudah digunakan bagi kerja awal projek.

“Kebiasaannya 60mm sudah banjir. Setakat ini pelebaran sudah dibuat dari lapan meter kepada 12 meter sementara pelebaran jalan dilakukan Kajang Metro Holdings (KMH).

“Benteng penghadang banjir akan dinaikkan 1.5 meter lagi dan tindakan drastik akan dibuat bagi menyelesaikan segera masalah ini.

“Jumlah banjir turun tiga hari adalah 128mm pada (7 Mei), 88mm (8 Mei) dan 111mm (11 Mei),” katanya.

Setakat ini, projek pelebaran Sungai Jeluh sepanjang 550 meter sudah siap 85 peratus dengan peruntukan RM4.9 juta.

Zaidy berkata, kerja naik taraf Sungai Jelok berjaya mengurangkan banjir yang kini hanya melibatkan laluan Jambatan Jalan Bukit hingga Pasar Awam Kajang.

Difahamkan sepanjang tempoh naik taraf ini, Jambatan Jalan Bukit ditutup buat sementara waktu dan aliran trafik bakal dilencongkan ke laluan alternatif.

Dijangkakan projek ini akan siap sepenuhnya pertengahan 2017.

Sumber : Selangorkini


Kemaskini pada 2016-10-03 01:02:20 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page