Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

JAIS keluar SOP majlis akad nikah kurang 45 minit

SHAH ALAM, 26 MEI: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan mengeluarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) majlis upacara akad nikah dengan waktu tidak melebihi 45 minit.

Exco Hal Ehwal Agama, Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi, berkata perkara itu dilihat mampu membentuk keperibadian pendaftar nikah yang lebih berdisiplin.

Katanya, ia sekaligus memberi imej baik mengenai Islam dan umatnya di mata masyarakat berbilang kaum.

JAIS-BANGUNAN“Selalulah berusaha menepati masa terhadap program ditetapkan seperti upacara akad nikah dan sebagainya.

“Sikap tidak menepati masa memberi impak kepada semua pendaftar perkahwinan ibarat kerana nila setitik rosak susu sebelanga,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Perasmian Penutup Muzakarah Pendaftar Perkahwinan Negeri Selangor 2016 di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengarah JAIS, Datuk Haris Kasim dan Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Insan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Razali Shahabudin.

Pada masa sama, Ahmad Yunus berkata, Bahagian Undang-undang Keluarga akan menggunapakai modul pasca perkahwinan JAKIM dan agensi lain bermula tahun hadapan.

“Fokus utama akan diberikan kepada aspek bimbingan pengurusan rumahtangga.

“Begitu juga dengan modul Keluarga Sakinah Negeri Selangor yang sedang ditambah baik bagi memenuhi dan disesuaikan dengan keperluan semasa,” katanya.

Sumber : Selangorkini


Kemaskini pada 2016-10-03 01:17:12 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page