Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

MB umum tiga berita gembira hargai komitmen penjawat awam

SHAH ALAM, 20 JUN: Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali mengumumkan bantuan khas kewangan sempena Aidilfitri sebanyak satu bulan setengah gaji kepada kakitangan Kerajaan Negeri.

Beliau berkata, seramai 17,528 penjawat awam Selangor bakal menerima bantuan itu pada 1 Julai ini melibatkan peruntukan RM45.6 juta.

“Tidak wajarlah sekadar ucapan terima kasih atas komitmen penjawat awam tanpa sebarang insentif.

“Maka, kita bersetuju memberikan tiga insentif termasuk bantuan kewangan aidilfitri, kenaikan gaji sebanyak dua kali bagi 2016 dan kenaikan imbuhan tetap perumahan,” katanya di hadapan lebih 1,000 penjawat awam.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Rapat Ramadan Bersama Perkhidmatan Awam Selangor di SUK hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Amin Ahmad Ahya, Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Ahmad Zaharin Mohd Saad dan barisan Exco Negeri.

Himpunan Bulanan Penjawat Awam host MBSA MB Azmin Bonus (ASRI) (5)Mohamed Azmin berkata, penjawat awam bakal menerima dua kenaikan gaji iaitu kenaikan biasa dan kenaikan khas.

“Sejumlah RM6.38 juta sudah disediakan bagi kenaikan pertama bermula 1 Julai ini.

“Sementara itu, RM11.2 juta peruntukan untuk kenaikan baru imbuhan tetap perumahan bagi penjawat awam Gred 41 ke bawah, daripada RM180 kepada RM300,” katanya disambut sorakan hadirin.

 

 

Sumber : Selangorkini


Kemaskini pada 2016-10-03 01:34:17 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page