Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Sultan dan MB bersama 5,000 rakyat solat sunat Aidilfitri

SHAH ALAM, 6 JUL: DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat hadir ke Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini untuk mengerjakan solat sunat Aidilfitri.

Kehadiran baginda disambut Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali; Exco Hal Ehwal Agama Islam, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi dan barisan exco Kerajaan Negeri; Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid; Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Haris Kasim serta kenamaan lain.

Kemeriahan sambutan Aidilfitri dirasai dengan lebih 5,000 hadirin menyertai Tuanku Sultan bagi menyempurnakan solat sunat berkenaan.

Baginda turut mengambil kesempatan beramah mesra dengan rakyat sebelum dan selepas selesai mengerjakan ibadah itu.

Solat sunat Aidilfitri di Selangor diimamkan Mohd Tamyes bermula jam 8.30 pagi namun perkarangan Masjid Negeri dipenuhi orang ramai sejak awal pagi bagi menunaikan tanggungjawab berkenaan.

Sumber : Selangorkini


Kemaskini pada 2016-10-03 01:51:03 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page