Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Program Hijrah Selangor dicontohi Al Hikma Foundation, Sri Lanka

SHAH ALAM, 24 OGOS: Program Hijrah Selangor dipraktikkan Kerajaan Negeri mendapat perhatian Al Hikma Foundation, Sr Lanka, untuk diadaptasi dan diperkenalkan di negara itu.

Pengerusi Eksekutif Yayasan Hijrah Selangor (HIJRAH), Datuk Mansor Othman, berkata minat ditunjukkan pihak terbabit diterjemahkan melalui kunjungan dilakukan ke yayasan itu di sini, 12 hingga 17 Ogos lalu.

“Lawatan itu berjaya mencapai matlamat dan objektif penganjurannya serta mendapat maklum balas positif daripada delegasi itu.

“Rombongan berkenaan juga berpeluang memahami sokongan dan komitmen Kerajaan Negeri untuk mengurangkan kemiskinan di Selangor disamping menyediakan mata pencarian mampan serta pelbagai peluang keusahawanan kepada rakyat secara keseluruhan,” katanya.

Dalam lawatan itu, rombongan Al Hikma Foundation diketuai Presidennya, Sheikh Abbas serta diiringi pegawai dari Global Peace Mission Malaysia.

Lawatan enam hari itu bertujuan untuk mempelajari kaedah pelaksanaan program mikro kredit di Selangor khususnya untuk diterapkan dalam program ingin diperkenalkan di Sri Lanka melalui pertubuhan Al Hikma Foundation.

Delegasi terbabit diberi taklimat ringkas mengenai program Hijrah dan dibawa melawat ke beberapa syarikat usahasama HIJRAH dalam sektor keusahawanan bakeri dan jahitan, lawatan ke kiosk jualan di Kompleks PKNS Shah Alam serta kursus keusahawanan di Alami Garden Hotel.

Selain itu, rombongan turut dibawa berkunjung ke Kampung Bukit Kapar menghadiri Majlis Perasmian Pertandingan Gasing Pangkah Tradisional Terbuka Selangor serta beberapa aktiviti lawatan industri kampung anjuran Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK) Kampung Bukit Kapar bersama Ahli Dewan Negeri (ADN) Meru, Dr Abdul Rani Osman.

Bagi memberi lebih kefahaman terhadap pelaksanaan program itu, rombongan dibawa untuk turut serta dalam proses siasatan dan aktiviti kutipan pinjaman di sekitar Sabak Bernam serta berpeluang mengenal pasti jenis perniagaan berpotensi untuk dimajukan.

Mansor berkata, HIJRAH berharap kunjungan itu dapat mengeratkan lagi hubungan sedia ada dan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.

Sebelum berangkat pulang, rombongan terbabit diraikan dalam majlis penutup turut dihadiri Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan barisan pengurusan HIJRAH.

Sumber : Selangorkini


Kemaskini pada 2016-10-03 02:26:46 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page