Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Pengurusan sampah bawah KDEBWM terima respon positif

SHAH ALAM, 15 OKT: Pengurusan sampah sisa pepejal yang diambil alih Kumpulan Darul Ehsan Berhad Waste Management (KDEBWM) menunjukan impak positif dan respon baik dari penduduk Klang.

 

 

 

Yang DiPertua Majlis Perbandaran Klang (MPK), Dato’ Mohamad Yasid Bidin berkata, aduan yang diterima MPK berkurangan berbanding ketika peringkat awal pengambil alihan pada Julai lalu.

“Respon negatif pada peringkat awal lalu agak tinggi, namun masa kini aduan kepada pihak kita berkurangan,” katanya kepada SelangorKini.

Yasid berkata, semua kontraktor dilantik lebih bersemangat dan bersaing sihat membaiki mutu perkhidmatan.

“Kita berbesar hati kerana MPK dipilih sebagai projek perintis untuk pengurusan sisa pepejal.

“Kita juga yakin dengan penggunaan teknologi moden ini dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan sekali gus menyelesaikan isu sampah di Klang,” katanya.
Terdahulu, sebanyak 38 buah kompaktor baru diserahkan kepada sub kontraktor bagi mempertingkatkan mutu kualiti perkhidmatan kutipan sampah sisa pepejal di seluruh Klang.

Sebanyak RM23 juta diperuntukkan untuk 60 lori kompaktor sampah baru.

22 buah kompaktor lagi akan diserahkan dalam tempoh terdekat.

KDEBWM mengambil alih perkhidmatan pungutan sisa pepejal sejak 1 Julai dan aplikasi (iClean Selangor) mula disediakan sejak 28 Julai.

Sumber : Selangorkini


Kemaskini pada 2016-10-19 17:02:46 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page