Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Exco Pengangkutan pilih berbasikal dan LRT ke majlis pelancaran

PUCHONG, 28 OKT: Demi menyokong penggunaan pengangkutan awam, Exco Pengangkutan Selangor, Teng Chang Khim berbasikal dari rumah ke Majlis Pelancaran Bas Smart Selangorku, pagi tadi.

image

Difahamkan Chang Khim mula mengayuh dari rumahnya di Putra Heights ke Stesen LRT Putra Height dan turun ke Stesen LRT Pusat Bandar Puchong.

Berbasikal sudah menjadi rutin seharian Chang Khim termasuk menjadikannya sebagai ‘kenderaan rasmi’ melawat penduduk di DUN Sungai Pinang.

Dalam perkembangan lain, Chang Khim berkata bermula 2017 semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) perlu menyediakan lalu berbasikal seiring hasrat Kerajaan Negeri mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian sekaligus mengatasi kesesakan trafik yang semakin meruncing.

teng01“Diperingkat Majlis Bandaraya dan Majlis Perbandaran dikehendaki menyediakan sepanjang 15 kilometer laluan berbasikal manakala bagi Majlis Daerah perlu menyiapkan 10 kilometer.

“Langkah ini bertujuan meningkatkan penggunaan basikal dalam masyarakat tempatan serta meningkatkan penggunaan pengangkutan awam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Pelancaran Bas Smart Selangor Bagi Laluan Baru di Stesen LRT Pusat Bandar Puchong, di sini, hari ini.

Bagaimanapun, katanya, lokasi dan peruntukan akan dipertanggungjawabkan kepada PBT untuk membuat kaji selidik kawasan yang bersesuaian.

Sumber : Selangorkini


Kemaskini pada 2016-10-31 11:55:36 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page