Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Sokongan Kerajaan Negeri, idea baru, kerja keras faktor menang anugerah

 

 

 

SHAH ALAM, 8 NOV: Sentiasa kerja keras dan tampil dengan idea baru bagi memastikan syarikat Kerajaan Negeri menjana pendapatan menjadi faktor kepada pencapaian anak syarikat Kerajaan Negeri hingga mendominasi Selangor Excellence Business Awards 2016 (SEBA 2016).

 

 

Pemenang anugerah ‘Masterclass Awards’ bagi kategori ‘CEO of The Year, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Invest Selangor Berhad, Hasan Azhari Idris berkata, anugerah diterimanya itu membuktikan kerja keras berpasukan mampu memberikan hasil terbaik menarik pelabur ke negeri itu.

“Saya fikir ini pengiktirafan kepada seluruh warga kerja Invest Selangor yang bekerja keras sebagai satu pasukan untuk kemajuan Selangor dengan menarik pelaburan. Saya anggap ini sebagai pengiktirafan kepada seluruh pasukan saya dan Kerajaan Negeri yang banyak menyokong kejayaan Invest Selangor.

“Kejayaan penting tahun ini antaranya Expo Antarabangsa Selangor yang berjaya menarik 565 penyertaan dan jumlah pengunjung meningkat dua kali ganda berbanding tahun lepas daripada 4,516 pengunjung kepada 10,600 pengunjung,” kata Hasan Azhari kepada SelangorKini pada acara berpristej, SEBA 2016 di Shah Alam Convention Centre (SACC) di sini, malam tadi.

Jelasnya, sokongan dan bantuan dihulurkan Kerajaan Negeri memudahkan lagi usaha menarik pelabur ke negeri termaju itu.

Manakala CEO Worldwide Holdings Bhd, Datin Paduka Norazlina Zakaria pula berkata, kejayaan syarikat itu menggondol tiga anugerah berikutan usaha keras dan fokus bagi memastikan berjaya mencapai sasaran ditetapkan.

“Saya sangat terharu atas kejayaan ini. Kami masing-masing diberi sasaran KPI. Jadi kami bekerja keras untuk mencapai KPI ditetapkan dan ini menyebabkan kami diberikan anuegarah masing-masing,” katanya.

Selain itu, beliau turut tidak menolak pertumbuhan ekonomi di negeri itu menjadi pendorong dan pencapaian Worldwide Holdings Bhd.

World Wide Holdings Bhd memenangi dua anugerah Masterclass bagi kategori ‘diversify Conglomerate – GLC’ dan kategori tanggungjawab sosial korporat (CSR) serta satu Anugerah Kecemerlangan bagi kategori alam sekitar.

Manakala CEO PKNS Real Estate Sdn Bhd, Sr Fakru Radzi Ab Ghani pula berkata, antara pencapaian terbaik PKNS Real Estate adalah berjaya mewujudkan sumber pendapatan baru dalam bidang pelaburan hartanah.

“Sebelum ini PKNS cuma memajukan bandar baru tetapi PKNS membuat perniagaan pelaburan hartanah. Ini perniagaan yang memerlukan fokus kami sepasukan.

“Selepas tiga tahun beroperasi PKNS Real Estate dapat mentransformasikan milik PKNS dan mendapat pulangan baik tetapi pada masa sama menjaga kepentingan Kerajaan Negeri dan bumiputera di Selangor,” kata yang menerima anugerah Masterclass bagi kategori ‘Young CEO Of The Year’.

Tiga lagi anak syarikat Kerajaan Negeri yang turut menerima anugerah adalah, Central Spectrum (M) Sdn Bhd yang diwakili CEO, Mahmud Abbas bagi kategori Pembangunan Hartanah, Kelab Golf Seri Selangor diwakili Pengurus Besar, Hairul Zaini (Pengurusan Padang Golf Awam) dan Shah Alam Convention Centre (SACC) diwakili Pengurus Besar, Nasrudi Abu Bakar (Mesyuarat, Insentif, Persidangan dan Pameran).

Sumber : Selangorkini


Kemaskini pada 2016-11-11 15:07:13 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page