Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Pencemaran air LPA Sungai Selisek dipantau

BANGI, 12 NOV: Punca pencemaran air di Loji Pembersihan air (LPA) Sungai Selisek, Hulu Selangor yang meningkatkan kandungan parameter Ammonia, belum dikenal pasti.

Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong berkata, bagaimanapun Kerajaan Negeri mendapat kerjasama baik dengan Kerajaan Negeri Perak dalam usaha mengenal pasti punca utama pencemaran itu.

“Kita sudah ke lokasi dan kita menjumpai beberapa bukti dan sudah diserahkan kepada Kerajaan Negeri Perak.

“Ketika ini, kita masih memantau namun belum mengenal pasti punca sebenarnya,” katanya ketika ditemui.

Elizabeth berkata di peringkat awal, pihaknya mengesyaki pencemaran itu berpunca dari ladang ternakan di kawasan berhampiran.

“Setakat ini, kita pantas dalam mengatasi masalah pencemaran sungai dan usaha dilakukan secara menyeluruh.

“Baru-baru ini juga Sungai Batang Bonar yang masuk ke Sungai Beranang juga ada aduan pencemaran, namun selepas disiasat ia berada di keadaan yang baik,” katanya.

Khamis lalu, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) sedang mengenal pasti punca pencemaran air di LPA itu.

Pemangku Pengarah LUAS, Nor Zamri Sondor berkata, LPA Sungai Selisek di Hulu Selangor menghentikan operasi pada jam 9 malam semalam, namun beroperasi semula jam 6.00 pagi.

Zamri berkata, LUAS serta agensi-agensi terlibat sedang menjalankan siasatan punca sebenar henti tugas itu dan akan mengambil tindakan sewajarnya.

Sumber : Selangorkini


Kemaskini pada 2016-11-16 15:19:47 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page