Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

LZS biayai anak asnaf berkhatan

 

 

 

SHAH ALAM, 4 DIS: Seramai 60 anak asnaf dalam daerah Petaling mendapat pembiayaan dari Lembaga Zakat Selangor (LZS) dalam Program Khatan Perdana dan #Freemarket LZS di Masjid Seksyen 7, semalam.

 

 

Pengurus Besar LZS, Abdul Basith Hamid berkata, jumlah itu adalah sebahagian daripada 430 orang anak-anak asnaf fakir dan miskin di daerah seluruh negeri Selangor.

“Berkhatan adalah fardu ain dan menjadi kewajipan dalam mazhab Syafie untuk kita laksanakan khatan. Untuk itu LZS mengambil tanggungjawab ini dalam memastiakn setiap anak asnaf yang belum berkhatan dikumpulkan di sini.

“Kita tidak mahu perkara ini diambil enteng sesetengah ibu bapa pada waktu yang sepatutnya kerana kita khuatir jika berkhatan pada usian belasan mungkin mengaibkan kanak-kanak tersebut,” katanya.

Abdul Basith berkata, LZS membelanjakan kos berkhatan sebanyak RM150 kepada setiap anak asnaf dan mereka akan menerima rawatan susulan daripada pihak perubatan.

Bersempena program berkhatan, LZS turut menganjurkan program #Freemarket di Masjid Seksyen 7 bagi tahun ke empat.

“Kebiasaan LZS yang amengagihkan kepada zakat, namun program ini memberi peluang kepada pihak pengeluar untuk mengagihkan barangan mereka terus kepada penerima.

“Kita berharap gabungan ini dapat mengeratkan silaturahim,” katanya.

Dalam perkembangan lain, seramai 30 lagi anak asnaf turut menerima manfaat yang sama dalam program berkhatan di daerah Kuala Selangor.

Program itu mendapat kerjasama penuh daripada Masjid Jamiul Muhammadiah Kampung Kuantan dan Syarikat ZYQ Engineering Sdn Bhd.

Sumber : Selangorkini


Kemaskini pada 2017-01-15 00:55:14 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page