Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Maklumat Pengurusan Bencana

MAKLUMAT PENGURUSAN BENCANA
Information on Disaster Management

 

Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan
Agensi Pengurusan Bencana Negara, NADMA 

(Dahulu dikenali sebagai Majlis Keselamatan Negara)
Talian Kecemasan Am : 999

website https://www.nadma.gov.my
Facebook https://www.facebook.com/nadma.pmd

 

Agensi Pengurusan Bencana Negeri Selangor:

websiteUnit Pengurusan Bencana Negeri Selangor
Facebook https://www.facebook.com/pejabatsukselangor

 

Telefon Bilik Gerakan Bencana Negeri Selangor2022

 

SSOC

 

Siaran Facebook @PejabatSUKSelangor 17 Nov 2022 : Kerajaan Negeri Selangor menyarankan penduduk di kawasan berisiko dilanda banjir agar dapat mematuhi arahan Pihak Berkuasa Keselamatan dari semasa ke semasa dan orang awam juga hendaklah mengehadkan aktiviti rekreasi air di sungai dan pesisiran pantai sewaktu musim monsun timur laut yang diramalkan akan menerima taburan hujan yang tinggi dan fenomena air laut pasang besar. 
Sebarang kecemasan boleh hubungi Talian Kecemasan 999 untuk bantuan segera.

 

 
 

 

MAKLUMAT TELEFON PENGURUSAN BENCANA DAERAH

 

Daerah Klang

Talian Perhubungan Bencana Daerah Klang
FacebookSumber : Facebook PDT Klang 10 Nov 2022
 
   
Daerah Kuala Selangor

Bencana Kuala Selangor
FacebookSumber : Facebook PDT Kuala Selangor 11 Nov 2022
 
   
  Daerah Hulu Selangor

Bencana Hulu Selangor
FacebookSumber : Facebook PDT Hulu Selangor 12 Okt 2022
 
     
 

Daerah Kuala Langat

Kuala Langat
FacebookSumber : Facebook PDT Kuala Langat 17 Nov 2022

RAMALAN ANGIN

 
TIPS PERSEDIAAN SEBELUM BENCANA
  • Periksa potensi risiko kebakaran – Pendawaian elektrik dan sistem paip gas memasak kerana amat berbahaya bila berlaku gempa bumi.
  • Tahu suis-suis utama dan injap di mana dan bagaimana menutup bekalan elektrik, gas dan air.
  • Pastikan anda memiliki lampu suluh dan radio berkuasa bateri sekiranya berlaku: terputus bekalan lektrik, simpan lampu suluh di tepi katil anda atau tempat yang dikhaskan
  • Simpan satu atau lebih alat pemadam api di lokasi yang mudah diambil.
  • Simpan bekalan asas pertolongan cemas di samping pengetahuan asas tentang prosedur pertolongan cemas.
  • Tempatkan objek-objek yang besar dan berat di rak sebelah bawah. Pakukan rak secara selamat ke dinding. Ikat atau tambatkan objek-objek yang tinggi dan berat.
  • Pastikan katil anda diletakkan jauh daripada tingkap yang besar, cermin dan objek-objek berat yang mungkin jatuh.
  • Beritahu keluarga apa yang perlu dilakukan sekiranya berlaku gempa bumi.
  • Simpan barang-barang berbahaya seperti cecair mudah terbakar dan beracun di tempat yang selamat di mana ianya tidak mudah jatuh atau pecah.
  • Bahan-bahan isian botol, kaca dan lain-lain yang mudah pecah seharusnya tidak disimpan di tempat-tempat tinggi atau ditinggalkan di rak-rak yang membolehkannya
  • menggelungsur bebas.
  • Lampu-lampu lekapan di siling perlulah dipasang kukuh. Pendawaian kecil atau rantai yang sesuai boleh mengatasi risiko ini.
  • Rekahan dinding yang dalam perlu disiasat. Rekahan tersebut terutamanya di siling boleh runtuh dalam bentuk kepingan-kepingan besar dan boleh menyebabkan kecederaan.
  • Dalam keadaan biasa aktiviti-aktiviti harian di tempat kerja atau di sekolah, elakkan halangan di koridor, pintu dan laluan keluar daripada pelbagai barangan kelengkapan, kotak-kotak, basikal dan sebagainya.
  • Adalah penting semua laluan dikosongkan untuk pemindahan penghuni dan urusan pasukan penyelamat apabila berlaku kecemasan.
 
BANJIR

Tips SEBELUM atau SEMASA tanda-tanda banjir dikesan:

  • Selenggara parit/longkang/saliran air supaya tidak tersumbat
  • Peka kepada keadaan sekeliling, ikuti perkembangan banjir di tempat anda melalui pengumuman media massa atau pihak berkuasa
  • Simpan air bersih
  • Sediakan dokumen penting di dalam bekas kalis air dan beg kecemasan
  • Bersiap sedia untuk berpindah sekiranya diarahkan pihak berkuasa.

 

Tips SEMASA banjir:

  • Berpindah dengan segera, awal sebelum air banjir meningkat jika diarahkan
  • Jangan sentuh mana-mana kabel atau wayar yang jatuh
  • Awasi kanak-kanak daripada bermain di kawasan banjir, sungai, longkang atau lombong
  • Jangan minum air banjir
  • Beri bantuan kepada jiran atau orang kurang upaya

 

Tips SELEPAS banjir surut:

  • Jangan terus memasuki rumah yang masih dibanjiri air, berhati-hati terhadap bahaya yang tersembunyi termasuk kerosakan bahagian rumah yang mungkin lerai dan jatuh dan kehadiran haiwan berbahaya
  • Pakai kasut atau selipar
  • Periksa sebarang ancaman bahaya

 

JEREBU

 

Sekiranya Bacaan Indeks Pencemaran Udara menunjukkan Tidak Sihat:

  • Masyarakat umum dinasihatkan untuk mengelak melakukan aktiviti yang berat di luar rumah
  • Golongan berisiko tinggi, warga tua dan bayi digesa supaya berada di dalam rumah atau bangunan dan mengurangkan aktiviti fizikal
  • Banyakkan minum air
  • Kerap membersihkan diri

GEMPA BUMI

 

Tips SEMASA Berlaku Gempa Bumi

  • Peraturan pertama yang penting ialah "Be Calm" (bertenang) dan kawal diri anda. Sekiranya anda bertenang dan bersikap waras, ini akan meningkatkan peluang anda untuk selamat daripada kecederaan.
  • Cuba bertenang dan yakinkan juga orang lain.


Sekiranya anda di dalam bangunan:

  • Duduk di dalam bangunan
  • Ambil perlindungan di bawah meja, meja tulis atau bangku yang teguh atau tempatkan diri anda di ambang pintu atau satu sudut.
  • Bergerak ke arah laluan sebelah dalam (ambang pintu atau bingkai berstruktur atau sebelah dalam bangunan iaitu pusat paling kuat dan kurang kemungkinan untuk runtuh.
  • Ia juga akan mengurangkan impak daripada objek yang jatuh) di mana mungkin.
  • Pilih lokasi yang boleh memberikan udara untuk bernafas dalam keadaan di mana bangunan runtuh di sekeliling anda.
  • Jauhkan diri anda daripada tingkap, rak buku, kabinet, cermin berat, pasu bunga tergantung dan lain-lain objek berat yang boleh menggelungsur dan jatuh.
  • Gerakan berbentuk gelombang boleh meremukkan cermin. Berhati-hati dengan kepingan simen yang jatuh.
  • Peluk sesuatu (kot, selimut, buku, akhbar, kotak kadbod dan lain-lain) untuk menutup kepala dan muka daripada bahan yang jatuh dan serpihan kaca.
  • Jangan gunakan lilin, mancis atau lain-lain punca api di sebabkan ada kemungkinan kebocoran gas.
  • Padamkan semua api terdedah.


Duck-Cover-Hold:

  • Berlindung di bawah meja atau perabot berat yang seumpamanya. Jauhkan diri daripada tingkap.
  • Jangan tergesa-gesa keluar memandangkan tangga mungkin rosak dan sesak dengan penghuni lain dan keadaan yang masih bergoncang.


Sekiranya Anda di dalam bangunan yang tinggi:

  • Berlindung menggunakan Duck, Cover and Hold dan kemudian tinggalkan bangunan sekiranya pemindahan diperlukan.
  • Jangan gunakan lif.
  • Patuhi prosedur pengungsian bangunan.


Sekiranya anda di luar bangunan:

  • Pindah ke kawasan terbuka dengan berhati-hati jauh daripada talian kuasa elektrik, tiang elektrik, pokok, bangunan tinggi, dinding.
  • Bahaya paling serius adalah jatuhan bahan-bahan binaan di bahagian luar bangunan.


Sekiranya anda di laluan pejalan kaki berdekatan bangunan:

  • Berjalan masuk ke arah muka pintu atau rapat ke struktur bangunan untuk melindungi diri anda daripada batu-bata, kaca, kepingan simen dan barangan lain yang jatuh.


Sekiranya anda di dalam kereta yang bergerak:

  • Berhentikan kereta secepat mungkin apabila telah pasti selamat di kawasan yang sesuai.
  • Walaubagaimanapun, jangan berhenti di bawah jambatan atau lintasan atas atau rentangan kabel atau di mana bangunan boleh runtuh ke atas anda
  • Tinggal di dalam kereta hingga gegaran berhenti. Kereta adalah penyerap kejutan yang amat baik.
  • Bila anda terus memandu selepas gegaran, berwaspada terhadap bahaya yang terhasil daripada gempa bumi seperti objek yang sedang atau telah jatuh, wayar lektrik yang terendam atau laluan jalan rosak atau berlubang-lubang.
     

Apa Anda Harus Lakukan SELEPAS Gempa Bumi

  • Periksa kecederaan. Bila gegaran berhenti kerosakan mungkin berlaku dan mungkin ada yang cedera.
  • Beri bantuan kecemasan bila perlu. Walau bagaimana pun, jangan cuba gerakkan orang yang cedera parah kecuali mereka di dalam bahaya berterusan.
  • Periksa kebakaran dan bahaya api. Padamkan api dengan segera jika anda mampu.
  • Jika anda terbau gas, buka tingkap dan tutup injap utama. Jangan nyalakan mancis atau gunakan api. Gunakan lampu suluh.
  • Tutup bekalan elektrik jika kebetulan ada kerosakan pada sistem pendawaian.
  • Tutup paip utama jika kebocoran telah berlaku.
  • Jangan sentuh pendawaian lektrik yang terendam dalam air atau objek-objek yang bersentuhan dengannya.
  • Periksa almari dan kawasan rak penstoran tetapi buka pintu-pintu dengan cermat dan waspada terhadap objek-objek yang jatuh.
  • Cuci dengan segera tumpahan ubat-ubatan dan lain-lain bahan yang berpotensi membahayakan.
  • Jangan makan atau minum sembarangan daripada bekas-bekas yang berdekatan dengan kaca yang telah remuk.
  • Jangan guna telefon kecuali untuk memanggil bantuan untuk melaporkan kecemasan (perubatan, kebakaran atau jenayah).
  • Keluar dari bangunan yang telah rosak teruk. Gegaran susulan boleh merobohkannya
  • Hidupkan radio berkuasa bateri anda untuk laporan kerosakan dan informasi. Jangan sebarkan khabar-khabar angin.
  • Bekerjasama dengan agensi-agensi penyelamat
  • Untuk sementara, jangan masuk ke kawasan yang mengalami kerosakan kecuali bantuan anda diperlukan.
  • Kosongkan lorong-lorong untuk laluan kenderaan-kenderaan kecemasan.
  • Cuba bawa bertenang dan membantu kanak-kanak yang mungkin mengalami trauma akibat gempa bumi.
     

TSUNAMI - Apa yang Perlu Anda Lakukan

  • Jika anda berada di rumah dan mendengar amaran Tsunami, pastikan semua ahli keluarga tahu tentang amaran tersebut. Pastikan semua ahli keluarga mengosongkan rumah dan bergerak ke kawasan tinggi sekiranya rumah berada di dalam kawasan amaran Tsunami.
  • Jika anda berada berhampiran laut dan merasai gegaran gempa bumi, bergerak dengan segera ke kawasan yang tinggi.
  • Jika berada di lautan, jangan pulang ke pelabuhan di mana amaran Tsunami dikeluarkan. Tsunami akan menjadi lebih kuat ketika berada di kawasan yang lebih cetek.

 

BORANG BANTUAN  BENCANA KLANG  BORANG ONLINE 
   
   
   
   
   
   
   
   

 

 

 


 

Sumber Tips Sebelum, Semasa dan Selepas Bencana:


Kemaskini pada 2023-11-22 09:26:58 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page