Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Hari Tanpa Kenderaan MBSA pada minggu kedua Ahad

SHAH ALAM, 13 JAN: Warga Shah Alam bakal menjalani hari tanpa kenderaan pada minggu kedua Ahad, pada setiap bulan.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad berkata, ketetapan itu bagi memastikan program yang mendapat sokongan penuh Kerajaan Negeri dilaksanakan dengan berkesan.

Katanya, ia juga sebahagian usaha menjadikan Shah Alam sebagai bandar raya rendah karbon menjelang 2030.

“Kita mahu melahirkan warga Shah Alam yang mengamalkan gaya hidup sihat dengan mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian yang melepaskan gas karbon monoksida.

“Sepanjang program ini, orang ramai hanya dibenar menggunakan basikal, papan luncur, ‘hover board’, berjalan kaki dan skuter blade di sekitar pusat bandar raya,” katanya.

Pada 22 Januari ini, program sulung Hari Tanpa Kenderan bakal mengambil tempat di Dataran Kemerdekaan dengan pelbagai aktiviti menarik.

Antaranya, pelepasan peserta berbasikal, acara berjalan kaki, persembahan pentas kombo MBSA, senamrobik, persembahan buskers dan ‘brass band’.

Shahrin berkata, MBSA turut menyediakan perkhidmatan sewaan peralatan basikal dan ‘roller blade’ bagi menarik penyertaan awam.

“Warga Shah Alam turut berpeluang membeli makanan di ‘food truck’, barangan dan pakaian sukan, produk hijau (Green Eco Product), baja kompos dan pokok bunga hiasan serta buah-buahan,” katanya

 


Kemaskini pada 2017-02-01 08:37:46 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page