Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

PAC: Bas Percuma capai objektif, rakyat suka

SHAH ALAM, 12 JAN: Perkhidmatan pengangkutan awam di Selangor khususnya bas percuma Smart Selangor berjaya mencapai objektif apabila ia mendapat sambutan menggalakan penduduk negeri itu.

Pemangku Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang (PAC) negeri, Ng Suee Lim berkata, sebanyak 99,000 penumpang bagi jajaran 01 Shah Alam yang menggunakan perkhidmatan itu setakat Disember lalu jelas membuktikan hasrat Kerajaan Negeri tercapai.“Tidak mustahil untuk kita dapat mencapai sasaran nisbah 60:40 iaitu 60 pengangkutan awam dan 40 kenderaan persendirian.

“Langkah Kerajaan Negeri menambah peruntukan 2017 bagi perkhidmatan ini juga tepat. Rakyat gembira dengan perkhidmatan ini kerana ia dapat meringankan beban kos sara hidup yang semakin meningkat,” katanya kepada SelangorKini selepas Program Jelajah Pengangkutan Awam oleh PAC, di sini. 

Turut menyertai lawatan itu Ahli Jawatankuasa PAC, Rodziah Ismail dan Dr Rani Osman.

Beliau berkata kemudahan yang terdapat pada bas percuma Smart Selangor juga sangat mesra pengguna termasuk kemudahan Orang Kelainan Upaya (OKU).

Sementara itu, Rodziah Ismail berkata, jajaran bas percuma itu perlu dipertingkatkan supaya akses hubungan antara destinasi ke destinasi lain dapat dihubungkan.

“Selain dari memberi keselesaan, kita juga mahu ‘connectivity’ antara destinasi diberikan perhatian. Ia supaya rakyat lebih selesa menggunakannya tanpa perlu menukar kemudahan awam lain seperti teksi untuk ke destinasi yang dituju.

“Hentian Akhir Bandar di Seksyen 19 yang akan beroperasi tidak lama lagi perlu ditambah baik terutama kepada golongan OKU supaya hentian ini bebas halangan.

“Peranan PAC sama ada peruntukan dari Kerajaan Pusat mahupun Kerajaan Negeri perlu memastikan ianya ‘value for money’ dan memantau pengeluaran wang jadi kita mahu ia berbaloi,” katanya.

Bas percuma Smart Selangor itu dilengkapi dengan pelbagai kemudahan. Antaranya pemadam api, peti pertolongan cemas, CCTV, ruangan luas, sistem perkhidmatan Wifi disamping mesra OKU.

 

sumber: selangorkini

 

 


Kemaskini pada 2017-02-01 08:37:21 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page