Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

PKNS peruntuk RM2 juta tambah baik Uptown Shah Alam

SHAH ALAM, 1 JAN: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) memperuntukkan RM2 juta bagi menambah baik infrastruktur di Uptown Shah Alam di sini.

Pengurus Besar PKNS, Noraida Mohd Yusof berkata, jumlah itu melibatkan kos penyusunan semula kedudukan kedai dan pendawaian semula elektrik di kawasan berkenaan.

Katanya PKNS mula mengambil alih pengurusan bazar berkenaan yang mempunyai kira-kira 450 lot kedai pada Ogos 2015.

“Segala kerja pembaikan mendapat sokongan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Tenaga Nasional Berhad.

“Mereka juga ada memberi khidmat nasihat keselamatan kepada kami terutamanya dari segi susun atur kedai dan pendawaian,” katanya lapor BERNAMA.

Ribuan warga bandar raya ini hadir pada majlis sambutan ambang tahun baharu itu.

Majlis yang bermula pada pukul 9.30 malam itu diserikan dengan persembahan kebudayaan dan nyanyian.

Menurut Noraida, PKNS memilih bazar itu sebagai lokasi sambutan berkenaan adalah bagi mempromosikannya kepada orang ramai.

“PKNS menyasarkan dalam masa dua tahun, bazar ini akan menjadi ikon pelancongan bagi Shah Alam dan Selangor,” katanya.

Sumber : Selangorkini


Kemaskini pada 2017-03-15 16:00:40 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page