Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

UNISEL, MIM terokai bidang maqasid dan perundangan Islam

SHAH ALAM, 6 FEB: Pusat Kecemerlangan (COE) Universiti Selangor (UNISEL) menandatangani satu perjanjian persefahaman (MoU) dengan Institut Maqasid Malaysia (MIM) bagi meneroka kerjasama penyelidikan, latihan, penerbitan dan penterjemaham dalam bidang maqasid serta perundangan Islam.

UNISEL diwakili Naib Canselor, Prof Dato’ Dr Mohammad Redzuan Othman, manakala MIM diwakili Pengasas dan Pengarah Eksekutifnya, Prof Dr Jasser Auda bertempat di Bilik Mesyuarat Senat, UNISEL Kampus Shah Alam, di sini, hari ini.

Ia turut disaksikan Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains dan Teknologi serta Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad.

 

Mohammad Redzuan berkata, kerjasama ini sebagai satu usaha permulaan UNISEL dalam mengembangkan ilmu Islam dan peradaban menerusi penyelidikan serta latihan secara bersama dengan pihak luar termasuk industri.

Katanya, ketokohan Prof Dr Jesser Auda sangat dialu-alukan tambahan beliau memulakan agenda yang baik itu di beberapa negara termasuk Kanada, Afrika Selatan, Mesir dan Malaysia.

“Pengalaman beliau sebagai tokoh ilmuan terkemuka dalam bidang fiqh dan perundangan Islam mampu memberi ruang kepada Malaysia menjadi hub pendidikan serta perundangan Islam terkemuka,” katanya.

Sumber : Selangorkini

 

 


Kemaskini pada 2017-03-16 09:18:27 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page