Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

PWB DUN Hulu Klang berjaya laksana Projek Laman Herba

SHAH ALAM, 7 FEB: Pusat Wanita Berdaya (PWB) DUN Hulu Klang terus melangkah maju dengan kejayaan Laman Herba PWB yang kini membuahkan hasil.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi berkata, terdapat lebih 60 jenis tanaman herba boleh didapati di dua buah Laman Herba di AU2 dan di Kampung Kemensah.

“Laman Herba yang mereka bangunkan bukan sahaja tumbuh subur malahan boleh dijadikan ubat penawar serta boleh dihidang sebagai ulam.

“Dengan pertumbuhannya yang subur, mereka juga boleh menjual untuk dijadikan sebagai sumber dan dana bagi menghidupkan program PWB lain,” katanya dalam kenyataan.

Daroyah berkata, ketika sesi lawatan beliau bersama penyelia PWB dari DUN lain, pelbagai ilmu dikongsikan tentang jenis, cara penggunaan dan fungsi setiap herba yang rata-ratanya tumbuhan tersebut ada di persekitaran.

Selain itu, turut menerima penjelasan mengenai penggunaan bahan terbuang sebagai baja organik yang baik untuk kesihatan dan pembesaran tanaman selain kraftangan dan masakan.

Tambahnya lagi, kini PWB Hulu Klang dalam proses membukukan laman herba bagi memberi pendidikan kepada generasi akan datang tentang kelebihan herba.

Sumber : Selangorkini


Kemaskini pada 2017-03-27 13:11:01 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page