Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Food Truck kini Smart Trak

SHAH ALAM, 30 MAC: Kerajaan Negeri dalam usaha meneroka dan mengkaji pelaksanaan masa depan peniaga ‘Food Truck’ selaras hasrat untuk memperkasakan golongan itu.

Exco Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari berkata, ia termasuk meneroka penggunaan aplikasi yang merujuk kepada lokasi peniaga.

Katanya, trak bergerak kini dijenamakan semula sebagai Smart Trak dengan model perniagaan itu diperkenal dan ditonjolkan sebagai perniagaan yang bersifat mobiliti tinggi.

“Peluang perniagaan yang diberi nafas baru ini selanjutnya dapat meningkatkan persaingan perniagaan yang sihat.

“Sehingga Mac ini, sebanyak 138 perniagaan Smart Trak berdaftar dengan pihak berkuasa tempatan (PBT),” katanya dalam sidang media di Bangunan Annexe, di sini, hari ini.

Amirudin berkata, perniagaan Smart Trak di Selangor mendapat sambutan yang memberangsangkan ketika ini, namun terdapat rungutan berkenaan masalah trafik, kawasan dan lot khas.

“Oleh itu, kita menggariskan panduan trak bergerak bagi makanan, barangan dan perkhidmatan yang akan dilancarkan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali pada 2 April ini sempena Festival Smart Trak Selangor,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, Kerajaan Negeri mengalukan pengusaha trak bergerak sedia ada untuk berdaftar dengan PBT, sekali gus memberi pengusaha ruang dan peluang kepada usahawan berniaga di kawasan yang sudah dirancang PBT.

Festival Smart Trak Selangor 2017 itu akan berlangsung selama dua hari bermula 1 April hingga 2 April ini.

Sumber : Selangorkini


Kemaskini pada 2017-03-30 16:12:12 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page