HARI KELEPASAN AM TAMBAHAN SEMPENA ISTIADAT PERTABALAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG XV SULTAN MUHAMMAD V
Sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Malaysia telah memutuskan supaya Hari Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V pada Isnin, 24 April 2017 diisytiharkan sebagai hari kelepasan am tambahan bagi seluruh negara.
Keputusan ini telah dizahirkan oleh Ketua Setiausaha Negara dalam satu kenyataan media pada 3 April 2017 yang memaklumkan bahawa pengisytiharan ini dibuat berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369) bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Sehubungan itu, keputusan ini turut dikuatkuasakan dalam urusan Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor.
Sekian. Terima kasih
~Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
Kemaskini pada 2017-04-04 11:57:17 daripada Administrator