Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Graduan sertai PROGRESS dapat elaun RM1,000 sebulan

berita

KUALA SELANGOR, 30 APRIL: Seramai 300 peserta Progress Selangor terdiri daripada graduan lepasan institut pengajian tinggi dalam dan luar negara menerima elaun sara diri RM1,000 sebulan selama enam bulan. 

Pengarah Program Graduate Employablity Enhancement For Smart Selangor, Azman Ibrahim berkata, selain Kerajaan Negeri, syarikat graduan ditempatkan itu turut menambah elaun peserta.

“Mereka dikumpulkan selama sebulan di Hotel Goldcourse, Klang dan diberi latihan ‘soft skill’ serta asas untuk bekerja sebelum ditempatkan di beberapa syarikat bagi menjalani latihan selama enam bulan.

“Bergantung kepada prestasi, mereka akan diserap berkerja di syarikat itu dan selama enam bulan Kerajaan Negeri membekalkan elaun RM1,000 sebulan untuk setiap peserta,” katanya.

Azman Ibrahim berkata demikian pada Majlis Penutup PROGRESSIVE Society “We Care We Share” (Progress Selangor) di Maahad Tahfiz Wal-Qiraat, Pusat Dakwah Islamiah, Jeram, di sini, semalam.

Katanya, 300 graduan itu dipecahkan kepada dua bahagian membabitkan 145 peserta.

Katanya, latihan itu diberi kerana lazimnya penuntut IPT hanya belajar untuk lulus pengajian sedangkan situasi itu berbeza dengan cabaran sebenar di alam pekerjaan.

“Latihan membabitkan sembilan modul pelbagai progam dalam dan luar kelas,” katanya.

Sumber : Selangorkini


Kemaskini pada 2017-05-08 14:30:48 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page