Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Kebajikan pelajar dititik beratkan

PETALING JAYA, 10 MEI: Kerajaan Negeri menyediakan bantuan kewangan kepada anak Selangor yang menuntut di empat universiti awam di negeri itu, dalam usaha meringankan beban mereka.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkta, universiti itu ialah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Pertanian Malaysia (UPM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM).

“Di saat Kementerian Pengajian Tinggi memotong bantuan kepada pelajar, kita menyedia dan memberi bantuan kepada anak Selangor yang menuntut di universiti ini yang berada di dalam negeri ini.

“Ia adalah program di bawah Skim Peduli Siswa dilaksanakan Kerajaan Negeri,” katanya sempena Karnival Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) di Pasaraya Kota Damansara, di sini, hari ini.

Pada masa sama, beliau turut meminta pelajar dari empat universiti terbabit mengemukakan permohonan kepada Kerajaan Negeri bagi mendapatkan manfaat disediakan.

Mohamed Azmin berkata, langkah itu perlu dilakukan pelajar sendiri kerana beliau tidak diberi kebenaran memasuki universiti untuk menjelaskan program terbabit.

“Kerajaan Negeri sentiasa prihatin berkenaan perkara itu demi manfaat golongan muda, malahan bantuan sama turut diberikan kepada pelajar dari Selangor di Mesir dan Jordan dengan kunjungan dilakukan ke sana, baru-baru ini,” katanya.

Sumber : Selangorkini


Kemaskini pada 2017-05-22 13:19:22 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page