Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

DUN Seri Muda edar 250 kad Peduli Sihat

SHAH ALAM, 10 MEI: Seramai 250 penerima individu dan keluarga dari DUN Seri Muda menerima manfaat Skim Peduli Sihat fasa kedua, di sini, hari ini.

Ahli Dewan Negeri Seri Muda, Shuhaimi Shafiei berkata, ia menjadikan hampir separuh daripada mereka yang layak di DUN itu sudah menerima kad skim perlindungan kesihatan asas terbabit.

Katanya, penyerahan fasa pertama dilakukan pada April lalu, membabitkan kira-kira 300 penerima.

“Pengedaran fasa ketiga akan diadakan dalam masa terdekat iaitu sebelum Ramadan supaya rakyat dapat memanfaatkan skim kesihatan ini.

“Kerajaan Negeri tidak mahu sekat hak mereka, sebaliknya kita mahu mereka menikmati segala program di bawah Inisiatif Peduli Rakyat (IPR),” katanya kepada SelangorKini.

Pada Belanjawan Selangor 2017, Kerajaan Negeri mengumumkan peruntukan RM125 juta bagi menjayakan Skim Peduli Sihat.

Skim terbabit menawarkan pembiayaan penjagaan kesihatan secara percuma untuk 250,000 keluarga atau satu juta rakyat Selangor.

Skim berkenaan diuruskan Selgate Corporation selaku Third-Party Healthcare Administrator bagi membiayai rawatan kesihatan asas sehingga RM500 setahun, untuk setiap keluarga atau RM250 bagi individu bujang.

Penerima skim boleh mendapat rawatan di 1,000 klinik berdaftar di Selangor dan Lembah Klang.

Sumber : Selangorkini


Kemaskini pada 2017-05-24 15:14:48 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page