GOMBAK 18 JUN: Lembaga Zakat Selangor (LZS) Daerah Gombak telah selesai menjalankan majlis penyampaian sumbangan banjir kepada seramai 586 mangsa banjir.
LZS memperuntukkan sejumlah RM 117,200.00 bagi tujuan tersebut dengan setiap rumah menerima RM200 yang berlaku di kawasan Kundang.
“Zakat Selangor merakamkan setinggi terima kasih kepada Masjid Nurul Yakin Sri Kundang yang memberikan kebenaran untuk penyerahan sumbangan .
“Tidak lupa juga kepada pimpinan masyarakat yang diketuai oleh Penghulu Mukim Rawang 2 , ketua-ketua kampung dan sukarelawan,” tulis LZS di laman Facebooknya.
Sumber : Selangorkini
Kemaskini pada 2017-07-04 15:46:08 daripada