AMPANG JAYA, 2 JULAI: Keberangkatan tiba Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin ke Majlis Rumah Terbuka Eidul Fitri Negeri Selangor, hari ini, disambut meriah rakyat.
Kehadiran baginda berdua diiringi Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dan isteri, Datin Seri Shamshida Taharin, dinantikan orang ramai yang tidak melepaskan peluang bermesra dan bersalaman.
Sesi bersama rakyat itu berlangsung hampir setengah jam sehingga Sultan Selangor dan Permaisuri duduk di pentas utama.
Majlis diadakan di Padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), di sini, turut dihadiri pimpinan Kerajaan Negeri, Ahli Dewan Negeri, Ahli Parlimen, kedutaan dan hadirin lain.
Kemaskini pada 2017-07-06 09:18:22 daripada