A PHP Error was encountered

Severity: Notice

Message: Trying to access array offset on value of type bool

Filename: libraries/Cms_options_plugin.php

Line Number: 691

Portal Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

 | 

MBSA lancar buku pelan tindakan kurangkan karbon

SHAH ALAM, 11 JULAI: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) melancarkan Buku Pelan Tindakan Rendah Karbon Bandar Raya Shah Alam 2030 sebagai panduan kepada orang ramai dalam melaksanakan tindakan itu kelak.

Datuk Bandarnya, Dato’ Ahmad Zaharin Mohd Saad berkata, buku itu turut mengandungi program dirancang bagi menjadi panduan untuk dilaksanakan supaya sasaran ditetapkan dicapai khususnya pengurangan pelepasan karbon sebanyak 45 peratus.

Katanya, program dan aktiviti dirancang itu membabitkan semua peringkat termasuk kerajaan, swasta dan institusi pendidikan.

“Melalui pelan tindakan ini juga, pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar dapat dilaksanakan dengan memberikan kesan positif kepada semua pihak.

“Ia supaya alam sekitar di Shah Alam terpelihara dan kepatuhan terhadap garis panduan ditetapkan MBSA dipatuhi,” katanya di Sesi Townhall Bandar Raya Rendah Karbon Shah Alam, di Teater Diraja, di sini.

MBSAAhmad Zaharin berkata menerusi buku pelan tindakan itu membuktikan kesungguhan dan komitmen MBSA ke arah bandaraya rendah karbon.

Sementara itu, beliau turut mengalukan pembabitan semua pihak dalam Pertandingan Anugerah Rendah Karbon Shah Alam 2017 yang dianjurkan bermula pada 18 Mei hingga 15 September ini.

Katanya, sebanyak RM94,000 ditawarkan kepada peserta dalam menjayakan pertandingan itu.

“Pertandingan ini bertujuan mengumpulkan pelbagai aktiviti perlaksanaan inisiatif hijau membabitkan semua peringkat.

“Kita menggalakkan budaya kreatif dan inovasi terhadap alam sekitar berteraskan rendah karbon disamping tanda penghargaan MBSA terhadap individu dan organisasi melaksanakan inisiatif hijau,” katanya.

Sumber: Selangorkini


Kemaskini pada 2017-07-13 11:41:54 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page